REGISTER BANTUAN SARAWAK PAY 2025 (SKAS RM800 & RM400 & RM250)
Berita baik kepada warga Sarawak! Bantuan tambahan TANPA TUNAI kepada golongan sasar (B40 & M40) untuk pembelian bahan keperluan asas akan diagihkan bermula pada tahun 2025.
Bantuan SKAS ini khusus untuk warga Sarawak yang menetap di Sarawak, untuk membuat pembelian barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak dan bahan keperluan lain.
Bagaimanakah cara register bantuan Sarawak pay 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 100 DALAM IC 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Sumbangan Keperluan Asas Asas (SKAS) Sarawak adalah inisitif baru yang Kerajaan Sarawak untuk membantu warga Sarawak (B40 & M40) yang menetap di negeri ini. Sebanyak RM460 juta wang akan diperuntukkan, dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 800,000 rakyat Sarawak.
Bantuan ini sedikit berbeza daripada bantuan lain dimana ianya tidak akan diberikan dalam bentuk wang tunai. Ianya akan disalurkan secara TANPA TUNAI melalui Sarawak Pay, khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan bahan asas lain di kedai runcit berdaftar merchant Sarawak Pay, termasuklah di kawasan luar bandar.
Tujuan Kerajaan menyediakan bantuan melalui kaedah ini adalah sebagai langkah membantu rakyat mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan, dan memastikan setiap keluarga di Sarawak, dapat menyediakan makanan asas untuk keperluan harian mereka.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Berikut adalah kategori kelayakan untuk mohon bantuan SKAS:
- Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
- Isi rumah, berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
- Warga emas TANPA pasangan dan anak, berpendapatan RM5,000 kebawah.
- Bujang, berpendapatan RM2,500 kebawah.
Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
JADUAL TARIKH MASUK BAYARAN BANTUAN SARAWAK PAY (SKAS)
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila secara rasminya dihebahkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
JUMLAH BANTUAN SARAWAK PAY
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Permohonan Bantuan SKAS 2025 masih belum diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak. Sebarang maklumat terkini berkenaan dengan permohonan dan semakan SKAS 2025, pihak kami akan kemaskini secepat mungkin apabila secara rasminya diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak.
KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN
Mengikut kenyataan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), bantuan tambahan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI, melalui akaun Sarawak Pay iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak, melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA).
REGISTRATION APLIKASI SARAWAK PAY
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar Sarawak Pay (sekarang dikenal sebagai SPay Global) sebagai pengguna baru:
- Muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
- Aplikasi SPay Global boleh dimuat turun di Google Play Store (Android) ATAU App Store (iOS).
- Seterusnya, buka Aplikasi SPay Global dan Tekan “Daftar/Login”
- Setelah itu, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru pada halaman utama.
- Isikan butiran detail maklumat yang diminta, seperti:
- Nama Penuh (seperti yang tertera di Kad Pengenalan).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Kata laluan (Password)
- Setelahs selesai mengisir butiran maklumat, anda akan terima OTP (One-Time Password) melalui SMS pada nombor yang anda daftarkan.
- Kemuadian, masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti:
- Nombor Kad Pengenalan (IC/MyKad)
- Tarikh Lahir
- Kemudian, pilih Jenis Akaun Sarawak Pay/SPay Global mengikut pilihan anda:
- Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
- Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
- Jika Anda memilih akaun Premium, ikuti langkah seperti berikut:
- Pengesahan akaun premium (Optional)
- Memuatnaik dokumen berikut:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
- Kemudian, SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
- Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/
Borang bantuan
Register Sarawak pay
Saya dah cuba register Sarawak pay namun gagal
register gagal.. jadi saya tak dapat menerima bantuan sarawak pay.. tiada cara lain lagi kah untuk dapatkan bantuan.. saya sangat kecewa orang lain dapat saya tidak