PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 4
Hanya perlu disemak melalui Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 sahaja, rakyat / pemohon boleh mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 4 sama ada ‘Telah Dikreditkan’ atau ‘Dalam Proses Kredit’ atau ‘Gagal Kredit’.
Bagaimanakah cara semakan status Fasa 4 di Portal STR 2025? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DIKREDITKAN
📠LINK RASMI PORTAL STR 2025
Walaupun Kerajaan telah membuka Portal Baharu STR 2026, namun Portal rasmi STR 2025 masih dibuka untuk semakan status kelayakan bayaran Fasa 4.
- Pautan (Link) Rasmi Portal STR 2025 👉 https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
📇 SEMAKAN STATUS PENERIMA FASA 4 DI PORTAL STR 2025
Status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak melalui Portal Rasmi STR 2025. Ikuti cara semakan status seperti di bawah :
- Pergi ke Portal STR 2025 (klik link rasmi di atas).
- Halaman utama STR 2025 akan dipaparkan.
- Klik [Tutup] untuk ‘Makluman Terkini’ yang muncul.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa sengkang – dan tanpa jarak.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- *Klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang betul.
- Sekali lagi, klik butang [Log Masuk].
- ‘Dashboard Pemohon’ akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
🤷 KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 4 2025
Seramai 8.8 juta penerima yang diluluskan layak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin ada atau tiada anak yang tepati syarat;
- Bercerai dan ada anak yang tepati syarat;
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40).
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU Bujang umur 19 tahun ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak yang tepati syarat;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda serta tiada anak yang tepati syarat;
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
📆 JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu berdasarkan jadual seperti di bawah :
JENIS PENERIMA | BAYARAN DALAM AKAUN | BAYARAN TUNAI DI BSN |
---|---|---|
Penerima Sedia ada | 18 – 24 Oktober 2025 | 21 Oktober 2025 |
Penerima Baharu | 13 November 2025 | 13 November 2025 |
💸 JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah bermula RM100 sehingga maksiumum RM700 bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti di bawah :
- Isi Rumah B40 :
- RM200 – Tiada anak.
- RM350 – 1 / 2 orang anak.
- RM500 – 3 / 4 orang anak.
- RM700 – 5 orang & lebih.
- Isi Rumah M40 :
- RM100 – Tiada anak.
- RM150 – 1 / 2 orang anak.
- RM250 – 3 / 4 orang anak.
- RM350 – 5 orang & lebih.
- Bujang :
- RM150 – setiap individu.
- Warga Emas :
- RM150 – setiap individu.
💠SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Bilakah bayaran STR Fasa 4 dimasukkan?
- Bayaran STR Fasa 4 telah mula dimasukkan bermula 18 Oktober 2025 dan secara berperingkat sehingga 13 November 2025.
- Berapakah jumlah maksimum bayaran STR Fasa 4 2025?
- Jumlah maksimum bayaran STR Fasa 4 adalah sebanyak RM700 kepada penerima isi rumah yang mempunyai 5 orang atau lebih bilangan anak.
- Bilakah tarikh akhir permohonan STR Fasa 4 dibuka?
- Permohonan STR Fasa 4 dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
- Dimanakah boleh mohon Bantuan STR untuk tahun berikutnya?
- Permohonan STR 2026 boleh dikemukakan di portal ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bagaimanakah sekiranya status pengkreditan penerima gagal kredit?
- Penerima yang dipaparkan dengan status ‘Gagal Kredit’ perlu menuntut bayaran tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
📞 RUJUKAN LANJUT STR
Pihak kami hanya menulis artikel ini berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi STR 2025 untuk memudahkan capaian orang ramai berkaitan Bantuan STR Fasa 4 2025. Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk pihak STR yang rasmi di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]