PORTAL MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BARU
Demi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan dan semakan status, Kerajaan MADANI telah membuka portal MySTR yang baharu untuk tahun 2026 yang membolehkah rakyat menyemak dan memohon secara online.
Bagaimanakah cara semakan status penerima secara online di Portal MySTR 2026? Rujuk panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : REGISTER BINGKAS 2026 : CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR
PAUTAN PORTAL MYSTR 2026
Untuk sebarang permohonan atau kemaskini atau semakan status yang terbaru Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MySTR 2026 yang baharu sahaja seperti pautan di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN | 
|---|---|
| MySTR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah)  | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ | 
DAFTAR AKAUN MYSTR ONLINE 2026
Penerima sedia ada perlu mendaftar akaun baharu di Portal MySTR 2026 sebelum membuat kemaskini atau semakan status. Berikut merupakan panduan lengkap cara daftar akaun MySTR yang baharu :
- Layari pautan Portal Rasmi MySTR 2026 di atas.
 - Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
 - Tekan butang (LOG MASUK).
 - Isi No Kad Pengenalan anda.
 - Klik butang (Semak).
 - Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
 - Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
 - Isi No Kad Pengenalan anda.
 - Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
 - Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
 - Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
 - Klik (Sahkan Akaun Saya).
 - Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
 - Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- *Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
 - *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
 
 - Tekan butang (Seterusnya).
 - Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
 - Kemudian, klik (Daftar Akaun).
 - Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
 - Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
 - Selesai.
 
SEMAKAN STATUS MYSTR ONLINE 2026
Setelah selesai mendaftar akaun MySTR yang baharu, penerima sedia ada boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak bagi tahun 2026 seperti berikut :
- Pergi ke bahagian Log Masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
 - Bahagian Log Masuk akan dipaparkan.
 - Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
 - Terus klik butang [Semak].
 - Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
 - Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
 - Masukkan Kata Laluan dengan betul.
 - Klik pada butang [Log Masuk].
 - Dashboard MySTR akan dipaparkan.
 - Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
 - Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
 - Selesai.
 
AMAUN BANTUAN MYSTR 2026
Masing-masing penerima sedia ada akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama dengan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA  | AMAUN BANTUAN STR 2026  | AMAUN BANTUAN SARA 2026  | 
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 (Tiada anak) RM1,200 (1 – 2 anak) RM1,700 (3 – 4 anak) RM2,200 (5 anak ke atas)  | RM2,400 atau RM1,200  | 
| Isi Rumah M40 | RM200 (Tiada anak) RM450 (1 – 2 anak) RM700 (3 – 4 anak) RM950 (5 anak ke atas)  | RM1,200 | 
| Warga Emas | RM600 | RM1,800 atau RM600  | 
| Bujang | RM0 | RM1,200 atau RM600  | 
TARIKH BAYARAN MYSTR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa seperti jadual di bawah. Walau bagaimanapun, jadual di bawah hanyalah jangkaan bayaran sahaja :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN STR 2026  | 
|---|---|
| Fasa 1 | Januari 2026 | 
| Fasa 2 | Mac 2026 | 
| Fasa 3 | Ogos 2026 | 
| Fasa 4 | Oktober 2026 | 
RUJUKAN LANJUT MYSTR
Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang awam berkaitan Bantuan STR 2026. Namun, jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
 - Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
 - E-mel :[email protected]