PORTAL LOGIN STR 2025 (BANTUAN FASA 4) – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Terkini! Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa akhir akan dilaksanakan dalam masa beberapa hari lagi kepada mereka yang layak, yang diawalkan sempena sambutan hari perayaan Deepavali.
Bagaimanakah login portal str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CARA PERMOHONAN STR 2026 : REGISTER/DAFTAR AKAUN MYSTR & MOHON BARU (PANDUAN LENGKAP)
APA ITU PORTAL STR 2025?
Portal MySTR merupakan laman rasmi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk urusan seperti :
- Permohonan Bantuan;
- Semakan Status Permohonan;
- Semakan Status Kelayakan Bantuan;
- Semakan Status Bayaran Bantuan;
- Kemas kini maklumat;
PORTAL RASMI STR 2025
Berikut merupakan Portal Rasmi STR 2025 untuk semakan status kelayakan dan pembayaran :
PORTAL RASMI STR | PAUTAN STR 2025 |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/ |
LOGIN PORTAL STR 2025
Langkah-langkah log masuk Portal untuk semakan status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’, seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KADAR KELAYAKAN BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
Catatan : Waktu kemasukan bayaran mungkin berbeza mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Apakah pautan log masuk STR 2025 terbaru?
- Penerima boleh log masuk di Portal Rasmi STR 2025 dengan pautan terbaru di https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Adakah perlu daftar akaun baharu Portal STR setiap tahun.
- Tidak perlu. Namun, untuk tahun 2026, semua penerima sedia ada atau pemohon STR baharu dikehendaki daftar akaun baharu Portal MySTR 2026 untuk semakan STR 2026.
- Bagaimanakah jika terlupa kata laluan akaun Portal MySTR?
- Anda boleh reset, dan masukkan kata laluan baharu secara online di Portal MySTR.
- Bila tempoh kemas kini STR 2025 dibuka?
- Tarikh akhir kemas kini STR 2025 pada 30 September 2025.
- Bolehkan semak STR menggunakan telefon pintar.
- Ya. Anda boleh semak STR menggunakan telefon pintar yang boleh mengakses internet.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]