PLKN SEMAKAN 2025 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diperkenalkan semula dengan konsep dan format baharu, di mana peserta akan mengikuti latihan berasaskan modul yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di pusat latihan PLKN yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah PLKN semakan? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BAYARAN MYKASIH 2026 : FASA APRIL
SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PLKN SIRI 2 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 SIRI 2 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
Untuk makluman, tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0 kerana pemilihan dilakukan secara rawak mengikut sistem berkomputer.
SEMAKAN TARIKH LAPOR DIRI KEMASUKAN PLKN SIRI 2 2026
Tarikh yang ditetapkan untuk pelatih melapor diri dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) SIRI 2 2026 adalah pada 25 April 2026 bertempat di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur; Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang; dan Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KEMASUKAN PLKN SIRI 2 2026
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:
- Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
- E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KEMASUKAN PLKN SIRI 2 SECARA ONLINE
Tawaran Kemasukan Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-4013 (Sambungan 3612 / 3613 / 3614 / 3603 / 3604 / 3626)
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/