PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN JIKA ANDA LAYAK

PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN JIKA ANDA LAYAK

Selain Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan akan menyalurkan bersama bayaran Bantuan Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan secara automatik kepada pemohon yang berjaya lulus dalam permohonan STR.

Bagaimanakah cara permohonan STR Tambahan 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK TARIKH TAMAT MYKASIH SEGERA

CARA AGIHAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Pengagihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Tambahan adalah melalui cara yang berbeza seperti berikut :

  • Agihan Bantuan STR :
    • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan kepada penerima secara tunai melalui bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui akaun bank penerima selama empat (4) fasa.
  • Agihan Bantuan Tambahan :
    • Bantuan Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) pula akan diagihkan kepada penerima secara tanpa tunai melalui bayaran terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan untuk pembelian barang keperluan asas.

KADAR BANTUAN STR TAMBAHAN

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar bersama Bantuan Tambahan dengan kadar yang berbeza setiap kategori penerima sebanyak berikut :

Isi Rumah Dengan Pendapatan Rendah (B40) :

BANTUAN STRBANTUAN TAMBAHAN
(DAFTAR E-KASIH)
BANTUAN TAMBAHAN
(BUKAN E-KASIH)
0 anak : RM700RM2,400
(RM200 sebulan)
RM1,200
(RM100 sebulan)
1 – 2 anak : RM1,200RM2,400
(RM200 sebulan)
RM1,200
(RM100 sebulan)
3 – 4 anak : RM1,700RM2,400
(RM200 sebulan)
RM1,200
(RM100 sebulan)
>5 anak : RM2,200RM2,400
(RM200 sebulan)
RM1,200
(RM100 sebulan)

Isi Rumah Dengan Pendapatan Sederhana (M40) :

BANTUAN STRBANTUAN TAMBAHAN
(BUKAN E-KASIH)
0 anak : RM200RM1,200
(RM100 sebulan)
1 – 2 anak : RM450RM1,200
(RM100 sebulan)
3 – 4 anak : RM700RM1,200
(RM100 sebulan)
>5 anak : RM950RM1,200
(RM100 sebulan)

Warga Emas Tiada Pasangan :

BANTUAN STRBANTUAN TAMBAHAN
(DAFTAR E-KASIH)
BANTUAN TAMBAHAN
(BUKAN E-KASIH)
RM600RM1,800
(RM150 sebulan)
RM600
(RM50 sebulan)

Bujang Dengan Pendapatan Rendah (B40) :

BANTUAN STRBANTUAN TAMBAHAN
(DAFTAR E-KASIH)
BANTUAN TAMBAHAN
(BUKAN E-KASIH)
RM1,200
(RM100 sebulan)
RM600
(RM50 sebulan)

SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Bantuan Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima STR Tambahan (e-Kasih) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa;
    • Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2025.
  • Kelayakan Penerima STR Tambahan (Bukan e-Kasih) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan bermula RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan.

PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026

Bagi rakyat yang belum memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila kemukakan permohonan untuk menerima bayaran Bantuan STR bersama Bantuan Tambahan. Ikuti panduan permohonan yang lengkap di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

SOALAN LAZIM

  1. Adakah dengan memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penerima secara automatik layak untuk terima bayaran Bantuan Tambahan?
    • Ya, semua penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan Tambahan.
  2. Bilakah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Tambahan akan dimasukkan?
    • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa 1 dijangka akan mula dibayar pada bulan Januari dan Februari. Manakala bayaran Bantuan Tambahan pula dibayar dalm bulan Januari.
  3. Bagaimanakah untuk menerima Bantuan STR Tambahan dengan kadar yang tertinggi?
    • untuk menerima kadar Bantuan Tambahan yang tertinggi, penerima perlu mendaftar dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
  4. Berapa ramaikah rakyat yang akan menerima Bantuan STR Tambahan?
    • Kerajaan menyasarkan Bantuan STR Tambahan kepada seramai 9 juta rakyat.
  5. Apakah boleh beli guna Bantuan STR Tambahan?
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment