PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

Wang simpanan pekerja, KWSP membenarkan ahli mengakses untuk tujuan tertentu terutama Akaun 3 (Fleksibel) yang membolehkan pengeluaran dibuat dengan lebih mudah mengikut syarat yang ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan pengeluaran duit kwsp? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025 : SEMAK STATUS ANDA BERKELAYAKAN ATAU TIDAK

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

APA ITU PENGELUARAN KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan wajib bagi pekerja dan majikan di Malaysia, di mana caruman secara berkala dikumpulkan dalam akaun individu ahli KWSP. Tujuan caruman adalah untuk simpanan ahli untuk kegunaan selepas bersara, juga membenarkan ahli mengakses atau mengeluarkan simpanan untuk keperluan tertentu seperti pendidikan, perumahan, kesihatan atau kecemasan.

JENIS PENGELUARAN

Akaun KWSP dibahagikan kepada tiga (3) seperti :

JENIS AKAUNTUJUAN SIMPANANPERATUSAN SIMPANAN
(%)
Akaun 1
(Persaraan)
Simpanan untuk hari tua (persaraan) 75 %
Akaun 2
(Sejahtera)
Simpanan untuk tujuan Pendidikan, Perumahan, Perubatan15 %
Akaun 3
(Fleksibel)
Simpanan jangka masa pendek dan kecemasan
(pengeluaran bila-bila masa)
10 %

SYARAT PERMOHONAN PENGELUARAN DUIT KWSP

Syarat pengeluaran KWSP mengikut jenis akaun simpanan seperti berikut:

Pengeluaran Akaun 1 (Persaraan)

  • Berusia antara 55 sehingga 60 tahun.
  • Kehilangan upaya sebelum umur 55 tahun

Akaun 2 (Sejahtera)

  • Pengeluaran khas antara umur 50 sehingga 54 tahun;
  • Tujuan : Pendidikan/ Pembelian/binaan rumah/ Rawatan perubatan/ Perlindungan insurans/takaful/Ibadah haji

Pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel)

  • Pengeluaran pada bila-bila masa;
  • Minimum pengeluaran adalah RM50.

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan pengeluaran kwsp boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:

  • Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual di Kaunter Pejabat KWSP berdekatan bagi bukan warganegara.

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen utama yang diperlukan untuk pengeluaran kwsp adalah seperti berikut:

  • Borang Pengeluaran KWSP: Borang yang betul mengikut jenis pengeluaran yang anda ingin buat.
  • Kad Pengenalan Diri (MyKad): Kad pengenalan asal untuk tujuan pengesahan.

Nota : Dokumen yang diperlukan berbeza mengikut jenis pengeluaran dan keperluan tertentu bagi setiap permohonan.

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dalam telefon bimbit anda; atau
  2. Layari laman web i-Akaun di sini : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
  3. Pilih menu [Pengeluaran]
  4. Seterusnya, klik butang [Keluarkan simpanan anda].
  5. Pilih [Akaun Fleksibel].
  6. Kemudian, klik butang [Keluarkan Sekarang].
  7. Masukkan jumlah pengeluaran yang diperlukan dan klik [Teruskan].
  8. Masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  9. Klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, klik butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  11. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS nombor telefon anda.
  12. Permohonan anda berjaya dihantar.
  13. Selesai.

TEMPOH PROSES PERMOHONAN

Tempoh pengeluaran duit kwsp adalah 7 sehingga 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan KWSP:

  1. Bolehkah saya keluarkan duit KWSP bila-bila masa?
    • Ya, Pengeluaran simpanan bagi akaun fleksibel (akaun 3) dibenarkan pada bila-bila masa sahaja dengan minimum pengeluaran adalah sebanyak RM50.
  2. Bagaimana cara semak status permohonan pengeluaran KWSP?
    • Status permohonan boleh disemak secara online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun atau Aplikasi KWSP i-Akaun.
  3. Adakah semua pengeluaran boleh dibuat secara online?
    • Tidak. Sesetengah jenis pengeluaran perlu dibuat di kaunter KWSP yang memerlukan dokumen asal untuk permohonan pengeluaran. Manakala, pengeluaran akaun fleksibel boleh dimohon melalui portal i-Akaun atau Aplikasi i-Akaun tanpa perlu hadir ke kaunter pejabat KWSP.
  4. Berapa lama duit pengeluaran akan masuk ke akaun bank?
    • Duit akan disalurkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan (bergantung kepada jenis bank akaun yang digunakan).
  5. Adakah KWSP kenakan caj untuk pengeluaran?
    • Tidak, tiada sebarang caj dikenakan bagi semua jenis pengeluaran KWSP.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.

Leave a Comment