PERMOHONAN MYLESEN B2 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA TERBARU
Program Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 diteruskan bagi tahun 2026 untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutama golongan belia dalam mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) B2 yang dibiayai penuh oleh pihak Kerajaan.
Bagaimanakah permohonan mylesen b2 2026? Ikuti info lanjut disini.
PENGENALAN MYLESEN B2
Program MyLesen B2 atau Program Lesen Percuma B2 ialah inisiatif Kerajaan melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma yang dibiayai penuh oleh Kerajaan.
PROGRAM MYLESEN B2
Lesen yang akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
| PROGRAM BANTUAN | KATEGORI LESEN PERCUMA |
|---|---|
| MyLESEN B2 | Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) |
Program MyLesen B2 membolehkan peserta mendapat pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) termasuk :
- Yuran latihan teori dan amali JPJ;
- Ujian memandu (teori dan praktikal); dan
- Pendaftaran Lesen B2.
SYARAT KELAYAKAN MYLESEN B2 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia sekurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026;
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi.
- Keutamaan kepada Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar Institut Pengajian Tinggi atau Kadet JPJ;
KOS DAFTAR MYLESEN B2 2026
Program MyLesen B2 adalah SECARA PERCUMA dan DIBIAYAI PENUH OLEH KERAJAAN melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kos-kos lain seperti kos pengangkutan ke institut memandu, serta makan minum sepanjang mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
TARIKH PERMOHONAN MYLESEN B2 2026
Permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) untuk tahun 2026 kini di buka kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. Program ini berlangsung bermula Mac hingga Oktober 2026, dan kuota adalah terhad kepada 5,000 peserta sahaja.
JADUAL LATIHAN & UJIAN PROGRAM MYLESEN B2
Modul Kursus, Latihan dan Ujian memandu perlu dijalani oleh peserta dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 diberikan kepada penerima.
Sekiranya peserta gagal untuk menamatkan Program MyLesen B2 dalam tempoh yang telah ditetapkan (3 bulan), peserta akan dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 serta merta.
Jadual latihan dan ujian Program MyLesen B2 akan berlangsung seperti berikut :
- Kursus Teori (KPP01) : Selama 6 Jam;
- Ujian Bertulis (KPP01) : Selama 1 Jam;
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) : Selama 9 setengah Jam;
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) : 6 Jam;
- Pra Ujian (QTI) : 30 Minit; dan
- Ujian JPJ.
PERMOHONAN MYLESEN B2 2026
Permohonan lesen memandu B2 adalah secara fizikal di Pejabat JPJ yang berdekatan, namun sekiranya anda ingin mendapatkan borang permohonan, anda boleh mengikuti kaedah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
- Kad Pengenalan;
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
- Gambar Passport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan tersebut ke pejabat JPJ berdekatan.
- Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
- Selesai.
INFO PENTING
Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) yang penting perlu diketahui oleh peserta :
- Program Bantuan Lesen Percuma hanya untuk lesen motorsikal kelas B2 (250cc ke bawah).
- Kuota permohonan adalah terhad yang dibahagikan mengikut negeri.
- Peserta perlu menamatkan ujian dan latihan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : +60 3 8000 8000
- Portal Rasmi : https://www.jpj.gov.my/
- e-Mel : [email protected]