PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

Kini golongan yang kurang berkemampuan iaitu B40 boleh mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah dan percuma tanpa sebarang kos yuran atau bayaran fi latihan, amali dan ujian kerana ianya akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan sekiranya lulus permohonan.

Bagaimanakah cara permohonan lesen percuma secara online? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025

Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agansi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.

PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 ONLINE

Untuk memohon, ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  • Pergi ke laman web rasmi JPJ dan dapatkan borang permohonan; atau
  • Muat turun borang permohonan Lesen Percuma di sini :
    • Isikan borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
    • Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti :
      • Salinan kad pengenalan;
      • Keputusan ujian saringan kesihatan; dan
      • Gambar pasport.
    • Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
    • Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
    • Selesai.

    TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025

    Permohonan Lesen Percuma (MyLesen) telah dibuka pada tarikh berikut :

    TARIKH PERMOHONAN
    DIBUKA
    TARIKH PERMOHONAN
    DITUTUP
    Bermula Februari 2025Sehingga Oktober 2025
    atau
    Sehingga Kuota Penuh
    *Nota : Setiap pemohon perlu menyemak pada laman rasmi JPJ di negeri masing-masing kerana JPJ setiap negeri adalah berbeza.

    MAKLUMAT LANJUT BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

    Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma :

    • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
    • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
    • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
    • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
    • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
    • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

    RUJUKAN

    Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.

    6 thoughts on “PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON”

    Leave a Comment