PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Dengan adanya Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) yang disediakan oleh Kerajaan ini, dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu secara sah sekaligus dapat meningkatkan keselamatan jalan raya.

Bagaimanakah permohonan Lesen Memandu Percuma online? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 3 BILAKAH MASUK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

MAKLUMAT LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) adalah dibuka khas untuk rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE 2025

Ikuti panduan lengkap permohonan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di sini : https://bantuanbaru.my/wp-content/uploads/2025/03/BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2.pdf.
  2. Setelah selesai [Muat Turun] Borang Permohonan.
  3. Sila [Cetak] borang keluar untuk diisi.
  4. Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dalam borang dengan lengkap.
  5. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
    • Kad Pengenalan;
    • Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
    • Gambar Pasport.
  6. Setelah itu, pilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
  7. Selesai.

*Nota : Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

Leave a Comment