PERMOHONAN EWALLET RM300 2026 : REGISTER SEGERA BANTUAN INI JIKA ANDA LAYAK SEBELUM TARIKH TUTUP (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN EWALLET RM300 2026 : REGISTER SEGERA BANTUAN INI JIKA ANDA LAYAK SEBELUM TARIKH TUTUP (PANDUAN LENGKAP)

Masyarakat masa kini ramai yang membuat pembelian dan pembayaran dengan menggunakan telefon pintar iaitu dengan menggunakan aplikasi e-Wallet kerana ianya mudah, selamat dan menjimatkan masa tanpa perlu beratur di ATM. Oleh itu, kerajaan menyediakan Bantuan yang dikreditkan dalam e-Wallet.

Bagaimanakah cara permohonan eWallet RM300 2026? Ikuti panduan lengkap serta info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH

KADAR BANTUAN EWALLET 2026

Semua individu yang memenuhi kelayakan dan berjaya lulus dalam permohonan Bantuan eWallet akan menerima kadar bayaran yang sama setiap bulan sepanjang 2026 berikut :

  • RM300 setiap bulan (perlu dihabiskan).
  • RM3,600 setahun (sepanjang 2026).

APLIKASI EWALLET YANG DIKREDITKAN RM300

Hanya satu (1) sahaja aplikasi yang digunakan untuk pengkreditan Bantuan RM300 dan ianya mempunyai akaun e-Wallet yang dapat digunakan untuk terima bantuan dan juga boleh digunakan untuk bayar apa sahaja :

Boleh dimuat turun secara percuma di App Store / Play Store / Huawei App Gallery (mengikut jenis telefon pintar pemohon).

TARIKH PERMOHONAN EWALLET RM300

Kerajaan telah membuka portal permohonan Bantuan eWallet yang baharu untuk penerimaan 2026 dan individu yang layak boleh mula kemukakan permohonan bermula pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut :

  • 🗓️ Bermula 1 November 2025, Sabtu.

SYARAT PERMOHONAN EWALLET RM300

Bukan semua rakyat boleh memohon Bantuan eWallet RM300. Kerana ianya terhad kepada yang benar-benar layak sahaja. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan eWallet :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Status Perkahwinan : Berkahwin atau ibu/bapa tunggal;
  • Tanggungan : Dua (2) orang ke atas berumur bawah 18 tahun;
  • Tempat Lahir / Menetap : Selangor;
  • Kadar Pendapata : Tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Tempat Mengundi : Selangor.

PERMOHONAN EWALLET RM300 2026

Bagi rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan Bantuan eWallet untuk penerimaan sepanjang tahun 2026. Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja mengikut panduan mudah di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN EWALLET RM300

Bantuan eWallet yang dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan perlu dihabiskan untuk beli barang keperluan asas kerana baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Berikut merupakan cara mudah untuk guna Bantuan eWallet :

  1. Pergi ke kedai runcit / pasaraya / pasar mini terdekat.
  2. Pilih barang keperluan asas yang diperlukan.
  3. Beritahu juruwang untuk bayar dengan menggunakan eWallet.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
  5. Buka aplikasi Selangkah dan klik butang [Bayar].
  6. Kod QR akan muncul dalam aplikasi tersebut.
  7. Juruwang akan imbas Kod QR tersebut dan sahkan bayaran.
  8. Resit pembelian akan diberikan.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada sumber yang sahih iaitu Portal Rasmi BINGKAS dan dikongsikan untuk mudahkan carian orang awam berkaitan ‘Bantuan eWallet BINGKAS’. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment