PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026 : DAFTAR SEGERA JIKA ANDA LAYAK DAN PEMOHON YANG LULUS AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SECARA BULANAN

PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026 : DAFTAR SEGERA JIKA ANDA LAYAK DAN PEMOHON YANG LULUS AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SECARA BULANAN

Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan termasuk menyediakan bantuan barangan dapur secara bulanan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan kos sara hidup dan memenuhi keperluan penerima.

Bagaimanakah permohonan bantuan pembelian barang dapur 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2026 (RM1200 & RM2400)

AMAUN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026

Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASTR EKASIHSTR SAHAJA
Isi RumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2026

Antara barangan dapur yang diluluskan di bawah Program MyKasih adalah seperti berikut :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam

Barangan ini boleh didapati di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih sahaja seperti :

  • Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026

Penerima yang layak boleh menggunakan kredit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barangan keperluan dapur di premis berdaftar seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026

Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barang dapur tidak memerlukan sebarang permohonan, di mana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.

Untuk menerima bantuan barang dapur, anda hanya perlu membuat permohonan seperti :

  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – untuk permohonan baharu yang belum pernah menerima STR; dan
  • Pendaftaran Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar – sekiranya pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

PERMOHONAN BANTUAN STR 2026

Panduan lengkap permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

PENDAFTARAN EKASIH

Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment