PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026 : CARA DAFTAR & REGISTER

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026 : CARA DAFTAR & REGISTER

Bantuan lanjutan STR menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk tahun 2026, bagi membantu golongan memerlukan untuk terus mendapatkan barangan keperluan asas sebagai sokongan tambahan secara bulanan.

Bagaimanakah permohonan bantuan mykad 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CARA MOHON STR (2026 DAFTAR BANTUAN)

APA ITU BANTUAN MYKAD 2026?

Bantuan MyKad merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad pengenalan). Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima untuk berbelanja barang keperluan asas yang diluluskan di lebih 7,300 pasar raya dan kedai berdaftar di bawah program SARA di seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad tersebut.

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

BANTUAN MYKAD 2026

Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

  • Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
  • Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan) – Kategori Isi Rumah (Anak 5 ke atas)
  • Semua Rakyat Malaysia : RM100 ONE-OFF (Februari 2026)
    Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026

Jumlah kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada AnakRM700RM1,200RM1,900
Anak 1 hingga 2RM1,200RM1,200RM2,400
Anak 3 hingga 4RM1,700RM1,200RM2,900
Anak 5 ke atasRM2,200RM1,200RM3,400
  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada AnakRM200RM1,200RM1,400
Anak 1 hingga 2RM450RM1,200RM1,650
Anak 3 hingga 4RM700RM1,200RM1,900
Anak 5 ke atasRM950RM1,200RM2,150
  • Warga Emas Tiada Pasangan
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600RM1,200
  • Bujang
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik berdasarkan kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, permohonan STR diperlukan untuk menerima SARA.

Panduan lengkap permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

PENDAFTARAN EKASIH

Pendaftaran di Sistem eKasih adalah wajib jika individu terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar bagi melayakkan penerima mendapatkan bantuan sewajarnya.

Panduan lengkap pendaftaran Sistem eKasih seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment