PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 (SARA MYKASIH) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)
Berdasarkan peruntukan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dilaksanakan di bawah Program Payung Rahmah yang akan dibayar dengan jumlah bermula sebanyak RM600 sehingga RM2,400 setahun.
Bagaimanakah semak status & pembayaran Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYSTR 2026 (FASA 1) : SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan tambahan yang diberikan khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas harian.
Inisiatif ini dibayar secara ansur setiap bulan dengan jumlah yang selayak dengan kategori dan kelayakan penerima dari kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’. Selain itu, Kerajaan akan memberikan bayaran secara sekaligus (one-off) kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia tanpa mengira had pendapatan.
PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2026 adalah berbeza berbanding jumlah bayaran tahun 2025. Kerana jumlah bayaran dinaikkan bagi membantu meringankan bebanan rakyat. Berikut adalah jumlah bayaran untuk tahun 2026 kepada setiap kategori :
- Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin | RM150 setiap bulan |
| Bujang Miskin | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
- Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Sekali (one-off) :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Semua Isi Rumah | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
| Semua Warga Emas | RM100 seorang |
| Semua Bujang | RM100 seorang |
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Sumbangan Asas Rahmah bakal dibayar melalui Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan bermula pada bulan Januari hingga Disember (selama 12 bulan) dan bayaran sekali (one-off) adalah pada Februari 2026. Berikut adalah jadual bayaran untuk tahun 2026 :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Setiap bulan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
| Sekali (one-off) | Pertengahan Februari 2026 |
SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Untuk mengetahui status sama ada layak atau tidak terima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2026, anda boleh membuat semakan secara atas talian (online) melalui laman web rasmi seperti tertera di bawah :
✅ Pautan Laman Web Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my/.
- Sila klik pada pautan laman web rasmi di atas.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang disediakan.
- Tunggu pengesahan Verifikasi.
- Kemudian, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Semakan mestilah dilakukan secara berkala untuk mengetahui status kelayakan bagi tahun 2026.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]