PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DIKREDITKAN : SEMAK STATUS MELALUI LOGIN PORTAL BARU MYSTR
Terkini, Kerajaan telah membangunkan Portal MySTR yang baharu bagi memudahkan semua penerima sedia ada dan penerima baharu membuat semakan status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana bayaran Fasa 4 telah mula dikreditkan.
Bagaimanakah cara semakan pembayaran STR Fasa 4 melalui Portal baru MySTR? Ikuti panduan lebih lengkap di bawah.
PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DIKREDITKAN
Kerajaan telah mula melaksanakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion untuk dikredikan kepada 8.8 juta penerima sedia ada dan penerim baharu.
- Isi Rumah B40 : 3.1 juta.
- Isi Rumah M40 : 1.0 juta.
- Warga Emas : 1.3 juta.
- Bujang : 3.4 juta.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 DIKREDITKAN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dikreditkan melalui akaun bank dan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut pada tarikh berikut :
| CARA BAYARAN | PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
|---|---|---|
| Dikreditkan dalam akaun | 18 – 24 Oktober 2025 | 13 November 2025 |
| Dibayar tunai di BSN | 21 Oktober 2025 | 13 November 2025 |
KADAR PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 DIKREDITKAN
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dikreditkan dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan bilangan tanggungan seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada tanggungan : RM200.
- 1 – 2 orang tanggungan : RM350.
- 3 – 4 orang tanggungan : RM500.
- 5 orang & ke atas : RM700.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- Tiada tanggungan : RM100.
- 1 – 2 orang tanggungan : RM200.
- 3 – 4 orang tanggungan : RM250.
- 5 orang & ke atas : RM350.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150.
- Bujang / Balu / Duda / Janda :
- RM150.
SEMAK STATUS PEMBAYARAN STR MELALUI PORTAL BARU
Melalui Portal MySTR yang baru juga, pemohon boleh membuat semakan status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang terkini dengan mudah seperti berikut :
👉 Pautan Portal Rasmi MySTR Baru : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Layari Portal Rasmi MySTR yang baru.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Sahkan ‘Kata Kunci Keselamatan’ dengan klik butang [Ya].
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Dashboard pemohon aka dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semakan Permohonan STR 2025].
- Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4
- Bilakah tarikh mula pembayaran STR Fasa 4 dikreditkan?
- Pembayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan bermula 18 Oktober 2025 kepada penerima sedia ada. Manakala penerima baharu akan menerima pembayaran STR bermula 13 November 2025.
- Bilakah tarikh akhir pembayaran STR Fasa 4 dikreditkan?
- Pembayaran terakhir Bantuan STR fasa 4 dilakukan pada 24 Oktober 2025 kepada penerima sedia ada. Manakala penerima baharu belum diketahui bila tarikh akhir.
- Dimanakah penerima yang tiada akaun boleh menuntut bayaran STR Fasa 4?
- Penerima yang tiada akaun boleh menuntut bayaran STR dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat melalui kaunter.
- Berapakah jumlah maksimum bayaran STR Fasa 4?
- Jumlah maksimum bayaran STR Fasa 4 adalah sebanyak RM700 kepada penerima merupakan isi rumah yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan 5 orang ke atas.
- Adakah masih boleh kemukakan permohonan Bantuan STR Fasa 4?
- Permohonan Bantuan STR Fasa 4 dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
RUJUKAN LANJUT STR 2025
Untuk rujukan lanjut berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 sekiranya anda mempunyai sebarang masalah bayaran atau pertanyaan, sila rujuk di bawah :
- Laman STR Rasmi : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]