PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI ASAS RAHMAH (SARA FASA 1 2025) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Satu lagi bantuan tambahan disediakan oleh Kerajaan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini disalurkan secara bulanan bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat sokongan berterusan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah cara semak pembayaran bantuan tunai asas rahmah (sara) fasa 1 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN TUNAI BTR 2025 (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI ASAS RAHMAH (SARA)
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI ASAS RAHMAH
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status penerima akan dipapar.
- Selesai.
Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
- Selesai.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan 13 Kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Roti
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
KADAR BANTUAN BANTUAN TUNAI ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Jumlah bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM100 sebulan) |
Bujang | – |
KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN TUNAI ASAS RAHMAH
Penyaluran bantuan adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
NEGERI | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf
Check up my application for this
Mcm mana nak buat permohonan baru. Saya warga emas balu tinggal seorang selepas kematian suami april 2024. Dia OKU dan terlantar selama 2 tahun sblum meninggal dunia. Saya terpaksa berhenti kerja sejak pandemic sbb dia sakit chronic. Kami tidak pernah terima bantuan Asas rahmah walaupun cuba memohon. Tiada rekod . Walaupun cuba memohon banyak kali online. Bantuan STR 2023 2024. Tapi 2025 masih dlm process. Sudah 1bulan apply. Minta nasihat