PANDUAN LENGKAP KEMASKINI STR (BANTUAN 2026) : SILA KEMAS KINI BUTIRAN MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
Setiap butiran maklumat permohonan adalah penting untuk menentukan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak diterima oleh setiap pemohon yang layak. Oleh itu, pemohon disarankan untuk kemaskini permohonan supaya tidak tercicir sebagai penerima dan menerima bayaran dengan kadar yang selayaknya.
Bagaimanakah cara kemaskini STR? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BINGKAS SELANGOR (2026) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BARU
TUJUAN KEMASKINI STR
Tujuan utama kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dilakukan adalah untuk memastikan perkara berikut :
- Memastikan maklumat penerima sentiasa tepat dan terkini;
- Supaya nama tidak tercicir sebagai penerima yang layak;
- Memastikan bilangan tanggungan betul supaya jumlah bantuan yang diterima sepadan;
- Mengelakkan maklumat lama atau salah yang boleh menyebabkan permohonan ditolak;
- Menentukan kelayakan penerima untuk bayaran fasa berikutnya.
SIAPA PERLU KEMASKINI STR
Hanya penerima atau pemohon sedia ada yang disenaraikan di bawah sahaja perlu kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Mempunyai perubahan maklumat permohonan;
- Mempunyai tanggungan baharu;
- Status permohonan tidak aktif atau ‘Tidak Layak’;
- Tidak kemaskini permohonan selama 3 tahun;
- Data permohonan tidak sah.
MAKLUMAT STR PERLU KEMASKINI
Maklumat-maklumat penting yang mempunyai sebarang perubahan sahaja perlu dikemaskini. Antara maklumat penting adalah :
| BIL. | PERUBAHAN MAKLUMAT (Jika Ada) |
|---|---|
| 1. | Alamat tempat tinggal baharu |
| 2. | Nombor telefon / e-mel aktif |
| 3. | Nombor akaun bank baharu |
| 4. | Status perkahwinan : -Bujang – Berkahwin / -Berkahwin – Bercerai / -Kematian pasangan |
| 5. | Kadar pendapatan naik atau turun |
| 6. | Bilangan anak / tanggungan bertambah atau berkurang |
| 7. | Status pekerjaan bertukar tidak bekerja kepada bekerja atau sebaliknya |
PANDUAN LENGKAP CARA KEMASKINI STR
Mudah sahaja untuk kemaskini maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut panduan lengkap seperti berikut :
- Sila layari Portal Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan yang sah dan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR 2026
Untuk tahun 2026, kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar sebanyak berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN STR | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM1,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM1,200 |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN STR | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Bujang Umur 21 – 59 tahun | RM0 | RM600 |
| Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM600 | RM600 |
RUJUKAN LANJUT
Penulisan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR 2026. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak tuan / puan boleh merujuk pihak STR yang berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]