PADANS SABAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

PADANS SABAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

Pembayaran bantuan PADANS Sabah akan dilaksanakan secara empat (4) fasa mengikut jadual yang telah ditetapkan dan akan memanfaatkan seramai 140,000 rakyat miskin di Sabah.

Bagaimanakah semakan kelayakan padans sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : BAYARAN FASA 2

PENGENALAN PADANS SABAH

PADANS Sabah ialah bantuan Kewangan Negeri Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terutama golongan B40 yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Bantuan PADANS Sabah dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramProgram Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR)
Jumlah BantuanRM200 (sebulan)
Cara PelaksanaanSecara Berfasa (4 Fasa)
KelayakanKetua Isi Rumah (KIR) tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)

Tujuan utama pelaksanaan Bantuan PADANS Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.

SYARAT KELAYAKAN PADANS SABAH 2026

Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

SYARATKELAYAKAN
KewarganegaraanWarganegara Malaysia
Had UmurBerumur 18 tahun ke atas
Status PenempatanBeralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
Negeri KelahiranKelahiran Sabah; atau

Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah)
Kategori Penerima Ketua Isi Rumah (KIR)
Kadar PendapatanPendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa
Status eKasihTersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

Garis Pendapatan Kemiskinan Semasa :

KATEGORI
(ISI RUMAH)
KADAR PENDAPATAN
(SEBULAN)
KADAR PER KAPITA
(SEBULAN)
MISKINRM2,843RM720
MISKIN TEGARRM1,257RM310

SEMAK KELAYAKAN PADANS SABAH 2026

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAn
Portal PADANShttps://padans.sabah.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS Sabah https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Klik pada butang [Teruskan].
  5. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  8. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  9. ⁠Selesai.

JUMLAH PADANS SABAH 2026

Setiap penerima yang layak Bantuan Sabah akan terima amaun seperti berikut :

KADAR SETIAP BULANKADAR SETIAP FASATOTAL SETAHUN
RM200RM600/Fasa
(Setiap 3 Bulan Pembayaran)
RM2,400

TARIKH & JADUAL PADANS SABAH 2026

Setiap penerima yang layak akan menerima pengkreditan Bantuan Sabah seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH/JADUAL BAYARANAMAUN BAYARAN PER FASA
Fasa 1
(Januari – Mac 2026)
Pembayaran akan dilaksanakan
(Februari – Mac 2026)
RM600
Fasa 2
(April – Jun 2026)
Pembayaran akan dilaksanakan
(Mei – Jun 2026)
RM600
Fasa 3
(Julai – September 2026)
Pembayaran akan dilaksanakan
(Ogos – September 2026)
RM600
Fasa 4
(Oktober – Disember)
Pembayaran akan dilaksanakan
(November – Disember 2026)
RM600

Tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan Sabah belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

  • Penerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 adalah terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS setakat 14 Januari 2026.
  • Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4.

CARA PENGKREDITAN DUIT BANTUAN SABAH

Pengkreditan duit bantuan sabah kepada penerima adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
Tiada AkaunBank Bayaran secara tunai di bank atau Pusat Agihan yang ditetapkan

INFO LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment