MYSARA SEMAK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

MYSARA SEMAK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

Inisiatif Bantuan mySARA dilaksanakan secara bersasar kepada setiap penerima yang layak supaya penerima dapat menikmati bantuan sepanjang tahun serta dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah mySARA semak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

PENGENALAN MYSARA 2025

Bantuan mySARA dengan rasminya diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barangan sekolah anak.

Namun, Kerajaan MADANI telah menyelaraskan kaedah pemberian Bantuan mySARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, iaitu disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima setiap bulan.

TEMPOH PEMBERIAN MYSARA 2025

Pemberian Bantuan mySARA setiap bulan adalah ditetapkan mengikut tempoh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PEMBERIAN MYSARA
Penerima Sedia Ada
(700,000 ribu penerima)
Selama 12 bulan :
bermula 15 Januari 2025
sehingga 1 Disember 2025
Penerima Baharu
(4.7 juta penerima)
Selama 9 bulan :
bermula 1 April 2025
sehingga 1 Disember 2025

SEMAK KADAR PEMBERIAN MYSARA 2025

Ketahui kadar pemberian mySARA sepanjang tahun 2025 di bawah :

  • 700,000 ribu penerima sedia ada :
KATEGORI PENERIMA
SEDIA ADA
KADAR PEMBERIAN MYSARA
Isi RumahRM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Warga EmasRM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
BujangRM600 setahun
(RM50 sebulan)
  • 4.7 juta penerima baharu :
KATEGORI PENERIMA
BAHARU
KADAR PEMBERIAN MYSARA
Isi RumahRM900 setahun
(RM100 sebulan)
Warga EmasRM450 setahun
(RM50 sebulan)

MYSARA SEMAK 2025

Semak status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan mySARA melalui panduan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi mySARA pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama portal rasmi mySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

SEMAK BAYARAN MYSARA 2025

Bayaran Bantuan mySARA yang dikreditkan menerusi kad pengenalan penerima boleh disemak seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan mySARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment