MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 ONLINE : CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kini, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berstatus miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin telah mula menerima bayaran Bantuan MyKasih SARA yang seterusnya melalui kad pengenalan (MyKad) dan kira-kira 3.9 juta telah menggunakannya.
Bagaimanakah MyKasih SARA semakan secara online? Sila rujuk info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH MASUK STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH TERKINI BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Bayaran Bantuan MyKasih SARA yang terkini adalah pada tarikh berikut :
- Bermula 1 Jun 2025, Ahad.
JUMLAH TERKINI BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Jumlah bayaran Bantuan MyKasih SARA yang terkini adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- Kategori Bujang :
- RM50 bagi bujang berstatus miskin & miskin tegar.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 bagi warga emas berstatus miskin & miskin tegar.
- RM50 bagi warga emas berstatus asas bukan miskin.
- Kategori Isi Rumah :
- RM200 bagi isi rumah berstatus miskin & miskin tegar.
- RM100 bagi isi rumah berstatus asas bukan miskin.
MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE
Semakan status penerima MyKasih SARA kini boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MYKASIH SARA SEMAKAN BAYARAN 2025 ONLINE
Untuk mengetahui bayaran Bantuan MyKasih SARA yang terkini telah dimasukkan atau tidak, semakan boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.