MYKASIH RM200 SETIAP BULAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Dengan adanya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang disalurkan setiap bulan dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan khususnya golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKasih RM200setiap bulan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
TARIKH KREDIT MYKASIH RM200 SETIAP BULAN 2025
Pengkreditan Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah mengikut seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01/04/2025 | RM200 |
2. | 01/05/2025 | RM200 |
3. | 01/06/2025 | RM200 |
4. | 01/07/2025 | RM200 |
5. | 01/08/2025 | RM200 |
6. | 01/09/2025 | RM200 |
7. | 01/10/2025 | RM200 |
8. | 01/11/2025 | RM200 |
9. | 01/12/2025 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH RM200 SETIAP BULAN 2025
Pemberian Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 setiap bulan adalah khas untuk yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Merupakan Kategori isi rumah berpasangan (ada atau tiada anak) atau isi rumah tunggal (ada anak); dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH RM200 SETIAP BULAN 2025
Semak status anda layak atau tidak menerima Bantuan SARA MyKasih RM200 setiap bulan melalui pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
CARA KREDIT MYKASIH RM200 SETIAP BULAN 2025
Kesemua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang telah disahkan layak akan menerima pengkreditan Bantuan SARA MyKasih setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (IC) khas untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
SENARAI KEGUNAAN MYKASIH RM200 SETIAP BULAN 2025
Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan setiap bulan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
a