MYKASIH 2026 RM2400 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kadar tertinggi bayaran program MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) adalah sehingga sebanyak RM2,400 setahun bertujuan untuk membantu rakyat menampung kos perbelanjaan barang-barang keperluan asas sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak MyKasih RM2400? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH WANG STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LULUS PERINGKAT FASA 1
SIAPA LAYAK TERIMA MYKASIH RM2400
Individu yang benar-benar layak serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan terima Bantuan MyKasih sehingga RM2,400 setahun.
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima RM2,400 yang ditetapkan :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal (balu / bercerai) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa |
| Pendaftaran eKasih | Berdaftar & tersenarai dalam rekod data eKasih (sehingga 30 Oktober 2025) |
| Kelulusan STR | Lulus permohonan 2026 |
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
JADUAL AGIHAN MYKASIH 2026 RM2400
Bantuan MyKasih sebanyak RM2,400 tidak diagihkan secara sekaligus terus kepada penerima. Namun, ianya diagihkan secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (cashless) setiap bulan dikredit melalui Kad Pengenalan penerima | 9 Januari 2026 – RM200 1 Februari 2026 – RM200 1 Mac 2026 – RM200 1 April 2026 – RM200 1 Mei 2026 – RM200 1 Jun 2026 – RM200 1 Ogos 2026 – RM200 1 September 2026 – RM200 1 Oktober 2026 – RM200 1 November 2026 – RM200 1 Disember 2026 – RM200 |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH
Antara barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKasih adalah termasuk kategori berikut :
| KATEGORI BARANG | SENARAI BOLEH BELI |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026
Bagaimanapun, rakyat Malaysia boleh membuat semakan status kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Bantuan Mykasih.
Semakan boleh dibuat melalui dua (2) cara berikut :
- Cara Semakan Status Melalui Portal MyKasih :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Ikuti panduan lengkap cara semakan status melalui aplikasi mudah alih MyKasih di bawah :
- Cara Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.