MYKASIH 2026 CHECK STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC SETIAP BULAN SEBANYAK RM200, RM100, RM50

MYKASIH 2026 CHECK STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC SETIAP BULAN SEBANYAK RM200, RM100, RM50

Setiap bulan bermula Januari dan selama 12 bulan sehingga Disember, lebih 8.1 juta penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam IC / Kad Pengenalan bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan tertakluk kelayakan penerima.

Bagaimanakah check status kelayakan MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH

NILAI PEMBAYARAN MYKASIH SARA 2026

Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan SARA MyKasih mengikut nilai sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN UNTUK
MISKIN & MISKIN TEGAR
BAYARAN UNTUK
ASAS BUKAN MISKIN
Isi RumahRM200 setiap bulanRM100 setiap bulan
Warga EmasRM150 setiap bulanRM50 setiap bulan
BujangRM100 setiap bulanRM50 setiap bulan

JADUAL PEMBAYARAN MYKASIH SARA 2026

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :

BIL.TARIKH PEMBAYARAN
1.9 & 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 :

  • Kelayakan Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur :
      • Isi Rumah – Tiada had umur.
      • Warga Emas – 60 tahun & ke atas.
      • Bujang – 19 hingga 59 tahun.
    • Kadar Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
    • Tersenarai dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2026.
    • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  • Kelayakan Penerima Status Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur :
      • Isi Rumah – Tiada had umur.
      • Warga Emas – 60 tahun & ke atas.
      • Bujang – 19 hingga 59 tahun.
    • Kadar Pendapatan RM2,500 atau sehingga RM5,000.
    • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

MYKASIH 2026 CHECK STATUS KELAYAKAN

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA bagi tahun 2026, anda boleh check melalui dua (2) platform MyKasih seperti berikut :

  • Cara Check Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini – https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Tandakan pada butang [Verify as human].
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  8. Selesai.
  • Cara Check Status Melalui Aplikasi MyKasih :
  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT MYKASIH

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment