LOGIN PORTAL STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS 2025 BANTUAN)
Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai dua (2) pautan yang berbeza iaitu, Portal STR 2025 dan Portal MySTR 2026. Namun, untuk semakan status dan semakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, penerima perlu membuat semakan di Portal 2025.
Bagaimanakah cara login portal STR untuk semakan status bantuan Fasa 4? Ikuti panduan di bawah.
BACA JUGA : STR FASA 4 MAYBANK : BILA MASUK?
👤 BILANGAN PENERIMA STR 2025
Seiring dengan pembukaan permohonan sepanjang tahun membolehkan lebih ramai rakyat yang dapat memohon dan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut merupakan bilangan penerima Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 :
- Fasa 1 : 8.3 juta penerima.
- Fasa 2 : 8.5 juta penerima.
- Fasa 3 : 8.6 juta penerima.
- Fasa 4 : 8.8 juta penerima.
📆 TARIKH KREDIT STR FASA 4 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dikreditkan secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu bermula pada 18 Oktober 2025 sehingga 13 November 2025 melalui pengkreditan dalam akaun dan bayaran tunai di BSN.
Berikut adalah tarikh bayaran :
- Penerima Sedia Ada :
- Kredit melalui akaun bank : 18 hingga 24 Oktober 2025.
- Bayaran melalui kaunter BSN : Bermula 21 Oktober 2025.
- Penerima Baharu :
- Kredit melalui akaun bank : Bermula 13 November 2025.
- Bayaran melalui kaunter BSN : Bermula 13 November 2025.
💲 JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 2025
Minima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah sebanyak RM100, manakala maksimum bayaran adalah sehingga sebanyak RM700 dan ianya bergantung kepada kategori dan kelayakan masing-masing.
Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 4 mengikut kategori dan kelayakan :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM200.
- 1 – 2 anak : RM350.
- 3 – 4 anak : RM500.
- 5 anak ke atas : RM700.
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM100.
- 1 – 2 anak : RM150.
- 3 – 4 anak : RM250.
- 5 anak ke atas : RM350.
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM150.
📌 PAUTAN LOGIN STR FASA 4 2025
Untuk semakan status kelayakan dan status bayaran, semua boleh layari Laman Web Rasmi STR 2025 seperti pautan rasmi di bawah :
👉 https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
📝 CARA LOGIN PORTAL STR UNTUK SEMAKAN STATUS FASA 4 2025
Sebelum membuat semakan status kelayakan dan status bayaran Sumbanga Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, penerima / pemohon perlu login masuk akaun terlebih dahulu. Ikuti cara mudah untuk login dan semakan status seperti di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR 2025.
- Makluman Terkini akan muncul pada paparan.
- Klik butang [Tutup].
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Kata Kunci Keselamat akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan status bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
📞 INFO LANJUT STR
Maklumat dalam artikel ini berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah kami rujuk sepenuhnya dari sumber yang sahih dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang ramai agar lebih mudah untuk difahami. Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaa, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]