LOGIN MYSTR 2026 : SEMAKAN, TARIKH BAYAR, JUMLAH BANTUAN STR FASA 1
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 menyediakan sistem dalam talian yang lebih efisien dan mesra pengguna bagi rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan, status pembayaran, permohonan serta kemas kini maklumat dengan mudah dan pantas. Portal rasmi ini dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan menjadi saluran utama untuk menguruskan bantuan STR yang diperuntukkan oleh kerajaan sebagai sokongan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Melalui portal MySTR, pemohon tidak hanya dapat menyemak status permohonan dan bayaran secara online, tetapi juga boleh kemas kini butiran peribadi / akaun bank, semak keputusan rayuan dan memantau pembayaran bantuan secara terus. Sistem ini direka bagi memberi pengalaman penggunaan yang lebih selamat dan teratur, terutama selepas pembukaan semula permohonan STR 2026 yang telah bermula sejak Oktober 2025.
Bagaimanakah cara login MySTR 2026? Ikuti panduan langkah demi langkah di bawah untuk log masuk ke portal STR 2026 dan semak maklumat bantuan anda secara online.
Baca juga: LOG MASUK MYSTR : SEMAKAN STATUS FASA 4 & KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR 2026
PORTAL LOGIN MYSTR 2026
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk pengaksesan maklumat, semakan status kelayakan, semakan bayaran, kemas kini dan permohonan baharu adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI STR | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
DAFTAR AKAUN MYSTR 2026
Panduan lengkap pendaftaran akaun baharu Portal MySTR 2026 adalah seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website MySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat E-mel yang anda sentiasa guna diruangan E-mel.
- Kemudian, tekan (Hantar E-mel Pengesahan).
- Anda akan menerima E-mel Pendaftaran Akaun MySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke MySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CARA SEMAKAN STR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di MySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA KEMASKINI MYSTR 2026
Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2026 seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman Utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemaskini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR 2026
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dijadualkan disalurkan kepada penerima yang layak dalam beberapa fasa sepanjang tahun 2026. Bagi Fasa 1, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa bantuan tersebut akan disampaikan pada tanggal 20 Januari 2026.
| STR 2026 | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Akan dikemaskini |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap kategori penerima bayaran bantuan STR:
| Kategori | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | Warganegara Malaysia. Berkahwin ada / tiada anak. Ibu bapa tunggal / balu / duda / janda ada anak. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah; atau Pendapatan bulanan RM2,501 hingga RM5,000. |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Warganegara Malaysia. Berumur 60 tahun dan ke atas. Ibu bapa tunggal / balu / duda / janda tiada anak. Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
| Bujang | Warganegara Malaysia. Umur bermula 21 hingga 59 tahun; Manakala OKU Bujang bermula 19 hingga 59 tahun. Ibu bapa tunggal / balu / duda / janda tiada anak. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS. Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
AMAUN BANTUAN STR 2026
Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 dan ke Bawah
| Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
| Anak 1 hingga 2 | RM1,200 | RM1,200 | RM2,400 |
| Anak 3 hingga 4 | RM1,700 | RM1,200 | RM2,900 |
| Anak 5 ke atas | RM2,200 | RM1,200 | RM3,400 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
| Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM1,200 | RM1,400 |
| Anak 1 hingga 2 | RM450 | RM1,200 | RM1,650 |
| Anak 3 hingga 4 | RM700 | RM1,200 | RM1,900 |
| Anak 5 ke atas | RM950 | RM1,200 | RM2,150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
| Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
|---|---|---|
| RM600 | RM600 | RM1,200 |
- Bujang
| Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) | Total Keseluruhan (STR + SARA) |
|---|---|---|
| – | RM600 | RM600 |
FAQ – SOALAN LAZIM MYSTR 2026
Q1: Apa itu MySTR?
A: Portal rasmi untuk semak permohonan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Q2: Siapa layak menerima STR 2026?
A: Golongan B40, M40, warga emas tanpa pasangan, dan bujang yang layak SARA.
Q3: Bagaimana cara daftar akaun baru MySTR 2026?
A: Ikuti langkah pendaftaran di portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my
Q4: Boleh saya semak bayaran STR tanpa login?
A: Tidak, semua semakan bayaran hanya melalui akaun MySTR sah.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.