LOG MASUK STR 2025 : FASA 4 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Penerima baharu dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa akhir secara online di Portal Rasmi MySTR 2025.
Bagaimanakah log masuk portal dan semak status str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PORTAL LOGIN STR 2025 (BANTUAN FASA 4) – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
LOG MASUK STR 2025
Langkah-langkah log masuk Portal untuk semakan status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’, seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal Portal STR, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Selesai.
JUMLAH MASUK BAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
| Bujang | RM 150 |
TARIKH MASUK BAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 seperti berikut:
| FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
| Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
| Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
WAKTU PEMBAYARAN STR MENGIKUT BANK
Jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima, seperti berikut :
| JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
| Bank Islam | Selepas 8 malam |
| Affin Bank | Selepas 8 malam |
| Ambank | Selepas 8 malam |
| Maybank | Selepas 9 malam |
| Cimb Bank | Selepas 9 malam |
| RHB Bank | Selepas 9 malam |
| Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
| Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Catatan : Kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Apakah pautan log masuk STR 2025 terbaru?
- Penerima boleh log masuk di Portal Rasmi STR 2025 dengan pautan terbaru di https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Adakah semakan STR boleh dibuat tanpa log masuk?
- Tidak boleh. Pemohon dan penerima STR perlu berdaftar akaun Portal STR dan log masuk ke laman tersebut untuk semakan status kelayakan dan pembayaran secara online.
- Adakah log masuk Portal STR sama dengan permohonan baharu?
- Tidak sama. Log masuk Portal STR merujuk kepada akaun Portal STR yang telah didaftarkan untuk tujuan semakan status, kemas kini Bantuan STR. Manakala, permohonan baharu dilakukan oleh pemohon yang belum pernah menerima STR yang ingin memohon bantuan.
- Perlukah daftar akaun baharu Portal STR setiap tahun?
- Tidak perlu. Namun, untuk tahun 2026, semua penerima sedia ada atau pemohon STR baharu dikehendaki daftar akaun baharu Portal MySTR 2026 untuk semakan STR 2026.
- Bila tempoh kemas kini STR 2025 dibuka?
- Tarikh akhir kemas kini STR 2025 pada 30 September 2025.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]