LOG MASUK PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

LOG MASUK PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 masih lagi dibuka untuk penerima sedia ada dan penerima baharu membuat semakan status kelayakan dan semakan status bayaran yang terbaru untuk fasa ke-4.

Bagaimanakah cara log masuk portal STR untuk semakan status? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

MAKLUMAT BAYARAN STR 2025

Maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti kaedah bayaran, tarikh penerimaan dan kadar bantuan adalah berbeza kepada setiap kategori mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan penerima.

Ketahui maklumat bayaran Fasa 4 yang lebih lanjut di bawah :

KAEDAH BAYARAN STR

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Ada akaun bankDibayar melalui pengkreditan terus ke
dalam akaun bank penerima
Tiada akaun bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai melalui kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN)

TARIKH BAYARAN STR 2025

FASA BAYARANTARIKH
Fasa 122 – 28 Januari 2025
Fasa 224 – 27 Mac 2025
Fasa 312 – 21 Ogos 2025
Fasa 418 – 24 Oktober 2025

KADAR BAYARAN STR 2025

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
BIL. TANGGUNGANKADAR BAYARAN
TiadaRM200
1 – 2 orangRM350
3 – 4 orangRM500
5 orang ke atasRM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL. TANGGUNGANKADAR BAYARAN
TiadaRM100
1 – 2 orangRM200
3 – 4 orangRM250
5 orang ke atasRM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
BIL. TANGGUNGANKADAR BAYARAN
TiadaRM150
  • Bujang / Balu / Duda / Janda :
BIL. TANGGUNGANKADAR BAYARAN
TiadaRM150

PAUTAN LOG MASUK PORTAL STR 2025

Terdapat dua (2) Portal STR yang dibuka iaitu STR 2025 dan STR 2026 yang boleh diakses untuk log masuk :

PORTAL RASMIPAUTAN
STR 2025https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
STR 2026https://bantuantunai.hasil.gov.my/

CARA LOG MASUK PORTAL STR 2025

Ikuti cara log masuk ke Portal STR untuk semakan status kelayakan dan status bayara seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi STR 2025 di atas.
  2. Halaman Utama STR 2025 akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Tutup] untuk makluman terkini.
  4. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Ya] untuk sahkan kata kunci keselamatan.
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Dashboar pemohon akan dipaparkan.
  9. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan dan status bayaran STR akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  1. Bilakah penerima baharu akan terima bayaran STR Fasa 4 2025?
    • Penerima baharu akan terima bayaran STR Fasa 4 bermula 13 November 2025.
  2. Berapakah kadar bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima oleh penerima bujang?
    • Penerima dalam kategori bujang akan terima bayaran STR Fasa 4 sebanyak RM150.
  3. Bolehkah penerima sedia ada menuntut bayaran STR secara tunai di kaunter BSN sedangkan telah mendaftar akaun dalam permohonan STR?
    • Tidak boleh, penerima perlu menunggu bayaran STR dimasukkan dalam akaun.
  4. Apakah perlu dilakukan sekiranya penerima berstatus ‘Gagal Kredit’?
    • Penerima yang berstatus ‘Gagal Kredit’ perlu mengambil wang bayaran STR di kaunter BSN terdekat.
  5. Adakah permohonan STR Fasa 4 masih dibuka?
    • Permohonan STR Fasa 4 telah ditutup pada 20 September 2025.

RUJUKAN STR 2025

Sila rujuk pihak STR yang berwajib seperti talian dan e-mel yang tertera di bawah untuk ketahui info lebih lanjut. Kerana setiap info yang kami tulis dalam artikel ini adala dirujuk sepenuhnya daripada Portal rasmi STR.

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment