LINK PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Lesen Memandu kini merupakan keperluan bagi setiap orang dewasa kerana perlu menunggang dan memandu kenderaan secara sah dan selamat. Namun, ada segelintir rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM). Oleh itu, mereka boleh memohon Bantuan Lesen Memandu Percuma.
Bagaimanakah permohonan Lesen Memandu Percuma? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS EKASIH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MANFAAT PELAKSANAAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Antara manfaat daripada pelaksanaan Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah dapat :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Sebelum kemukakan permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma, pemohon haruslah membaca syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
LINK PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Berikut merupakan link (pautan) borang permohonan Lesen Memandu Percuma :
- Pautan (Link) Borang Permohonan : https://bantuanbaru.my/wp-content/uploads/2025/03/BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2.pdf.
PANDUAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Ikuti panduan permohonan Lesen Memandu Percuma seperti berikut :
- Muat turun Borang Permohonan MyLesen B2 dan [Cetak].
- Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.
- Kepilkan bersama dokumen yang diperlukan, seperti :
- Salinan Kad Pengenalan;
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
- Gambar Pasport.
- Pilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.
- Selesai.
*NOTA : Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.