KADAR TOL PLUS (SEMAK HARGA TERKINI)

KADAR TOL PLUS (SEMAK HARGA TERKINI)

Setiap perjalanan perlu dirancang sebaiknya, terutamanya perjalanan jarak jauh yang menggunakan lebuh raya. Penggunaan tol semakin kerap menyebabkan pengguna perlu bersedia dengan wang atau baki tol yang mencukupi. Masalah wang atau baki tidak mencukupi akan membebankan pengguna lain untuk menunggu giliran dan berbaris panjang. Oleh itu, pengguna perlu mengetahui kadar kenaikan tol dari semasa ke semasa.

Berapakah kadar tol PLUS terkini dan cara semak? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : SEMAK FASA 3 STR

PENURUNAN TOL

Untuk makluman anda, harga bayaran tol yang dipaparkan melalui pautan berikut sudah dikurangkan sebanyak 18% sejak 1 Februari 2020 !

Ia dilaksanakan bagi penurunan ini dilaksana bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi.

Bagi lori (kelas 2&3) bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.

SEMAK KADAR TOL PLUS

Pengguna jalan raya diberi inisiatif untuk menyemak kadar tol di lebuhraya bagi memudahkan urusan perjalanan. Harga tol terkini boleh disemak di PLUS dengan cara kiraannya seperti berikut:

  1. Layari pautan PLUS di https://www.plus.com.my/.
  2. Kemudian, pengguna perlu scroll ke bawah sehingga menjumpai ‘Toll Fare Calculator’.
  3. Pilih lebuhraya yang ingin digunakan.
  4. Seterusnya, pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Kadar tol akan ditunjukkan mengikut kategori kenderaan.
  6. Perhatikan jenis kenderaan yang digunakan dengan betul serta kadar bayarannya.
  7. Selesai.

Bayaran tol ini juga boleh disemak melalui laman web khas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) seperti di bawah:

  1. Layari laman web LLM https://www.llm.gov.my/.
  2. Cari [Kalkulator Tol] untuk kira kadar tol lebuhraya.
  3. Kemudian, pilih Lebuhraya PLUS.
  4. Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Paparan perjalanan Lebuhraya PLUS akan keluar dengan kelas kenderaan dan kadar bayarannya.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Maklumat tentang tol lebuhraya PLUS ini telah dirujuk daripada laman web khas PLUS. Sebarang maklumat lanjut berkenaan tol atau keadaan lebuhraya, boleh rujuk di:

12 thoughts on “KADAR TOL PLUS (SEMAK HARGA TERKINI)”

Leave a Comment