KADAR DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DAPAT KEPADA PENERIMA YANG LAYAK BAGI FASA 1
Kerajaan tetap meneruskan pemberian Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026. Malahan meningkatkan kadar peruntukan sehingga RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta penerima dan setiap penerima akan terima bayaran dengan kadar yang berbeza berdasarkan kategori dan kelayakan.
Bagaimanakah semak kadar duit Bantuan STR dibayar kepada penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
KADAR DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Kerajaan akan membayar duit Bantuan STR dengan kadar yang sepadan dengan kelayakan penerima sama ada mempunyai tanggungan atau tidak supaya cukup untuk penerima menampung keperluan dari semasa ke semasa.
Berikut adalah kadar Bantuan STR bersama Bantuan tambahan yang dibayar untuk tahun 2026 :
Penerima Isi Rumah B40 akan terima :
- Tiada tanggungan : RM700
- 1 hingga 2 tanggungan : RM1,200
- 3 hingga 4 tanggungan : RM1,700
- 5 tanggungan & ke atas : RM2,200
(Bayaran Bantuan SARA bermula RM1,200 hingga RM2,400).
Penerima Isi Rumah M40 akan terima :
- Tiada tanggungan : RM200
- 1 hingga 2 tanggungan : RM450
- 3 hingga 4 tanggungan : RM700
- 5 tanggungan & ke atas : RM950
(Bayaran Bantuan SARA sebanyak RM1,200 kepada setiap isi rumah M40).
Penerima Warga Emas Tiada Pasangan :
Tiada tanggungan : RM600
(Bayaran Bantuan SARA bermula RM600 hingga RM1,800 kepada warga emas).
Manakala, penerima Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak pula tidak akan terima bayaran Bantuan STR namun hanya akan terima Bantuan SARA sebanyak RM600 hingga RM1,200.
SISTEM DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Kerajaan mengekalkan sistem bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana dibayar secara berfasa melalui pengkreditan tunai dalam akaun bank dan bayaran tunai di kaunter bank.
Namun, sistem bayaran adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Pengkreditan tunai ke dalam akaun bank adalah khas kepada penerima yang mempunyai akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun bank dalam permohonan STR.
- Pembayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) khas kepada penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank dalam permohonan STR.
HARI DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Duit Bantuan STR bukanlah dibayar sekaligus. Namun, dibayar pada hari-hari yang tertentu sahaja contohnya sebelum hari perayaan-perayaan besar seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya.
Berikut adalah anggaran hari duit Bantuan STR dibayar untuk tahun 2026 :
- Fasa 1 : Dianggarkan dibayar sebelum ‘Tahun Baru Cina’.
- Fasa 2 : Dianggarkan dibayar sebelum ‘Hari Raya Aidilfitri’.
- Fasa 3 : Dianggarkan dibayar sebelum ‘Hari Kebangsaan’.
- Fasa 4 : Dianggarkan dibayar sebelum ‘Perayaan Deepavali’.
*Namun, tarikh sebenar masih belum diumumkan secara rasmi.
CARA SEMAK BERAPA KADAR BANTUAN STR YANG LAYAK 2026
Walaupun kadar Bantuan STR telah dinyatakan di atas, anda boleh menyemak dengan lebih terperinci berapa kadar sebenar Bantuan STR yang anda layak terima untuk tahun 2026 berdasarkan kategori dan kelayakan anda.
Ikuti cara semak yang mudah seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan & Kadar Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
SUMBER RUJUKAN
Sumber utama yang kami rujuk berkaitan maklumat di atas adalah daripada Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Namun, jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan STR, sila hubungi pihak berwajib STR seperti talian di bawah :
| TALIAN | NO. TELEFON |
|---|---|
| STR HASiL | 1800 88 2747 |
| STR MOF | 03 8882 4565 / 4566 |