KADAR BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON BERSTATUS LULUS
Seiring dengan matlamat Kerajaan MADANI untuk menjamin kualiti hidup rakyat, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada pemohon yang berstatus lulus dengan kadar yang sepadan dengan kelayakan pemohon sendiri.
Bagaimanakah semak kadar Bantuan STR yang dibayar kepada pemohon berstatus lulus? Ikuti info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA ONE OFF TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN ONE OFF
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan STR :
- KELAYAKAN ISI RUMAH :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : Bawah RM2,500 atau M40 : RM2,501 hingga RM5,000 |
- KELAYAKAN WARGA EMAS :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun & ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak sebagai tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 |
- KELAYAKAN BUJANG :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 |
| Status Pelajaran | Bukan pelajar sepenuh masa |
KADAR BANTUAN STR 2026
Setiap kategori penerima akan terima kadar Bantuan STR sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR | KADAR BANTUAN SARA (TAMBAHAN) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM1,200 (STR Biasa) atau RM2,400 (STR eKasih) |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM1,200 (STR Biasa) |
| Warga Emas | RM600 | RM600 (STR Biasa) atau RM1,800 (STR eKasih) |
| Bujang | – | RM600 (STR Biasa) atau RM1,200 (STR eKasih) |
CARA BAYARAN BANTUAN STR 2026
Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan STR mengikut penerima :
| BIL. | CARA BAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| 1. | Penerima yang ada akaun bank serta memasukkan maklumat akaun perlu menunggu bayaran Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun secara berperingkat |
| 2. | Penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun perlu menuntut bayaran Bantuan STR di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Bayaran Bantuan STR akan dilaksanakan berperingkat melalui fasa-fasa berikut :
| FASA SATU (1) | FASA DUA (2) | FASA TIGA (3) | FASA EMPAT (4) |
|---|---|---|---|
| Mulai 20 Januari 2026 & berperingkat | Dijangka bayaran pada bulan Mac 2026 | Dijangka bayaran pada bulan Ogos 2026 | Dijangka bayaran pada bulan November 2026 |
SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN STR 2026
Ikuti panduan lengkap cara semak status kelulusan permohonan Bantuan STR seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian Rasmi : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.