KAD PEKERJA MADANI UNTUK SIAPA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

KAD PEKERJA MADANI UNTUK SIAPA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

Kerajaan MADANI sekali lagi memperkenalkan sebuah inisiatif yang baharu iaitu Kad Pekerja yang khusus untuk Warganegara Malaysia yang menjadi ahli dari mana-mana kesatuan yang aktif dan sah dengan menawarkan pelbagai bentuk manfaat kepada penerima yang layak.

Bagaimanakaha semakan kad pekerja MADANI untuk siapa? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN MYKASIH SARA : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN KAD PEKERJA MADANI 2025

Bantuan Kad pekerja adalah merupakan sebuah inisiatif baharu yang diperkenalkan dengan menawarkan diskaun sehingga 30% dari pelbagai 100 syarikat. Sekaligus menawarkan program latihan bersubsidi, serta sokongan kebajikan dan perlindungan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan dengan pendaftaran secara percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

TUJUAN BANTUAN KAD PEKERJA 2025

Pemberian Bantuan Kad Pekerja adalah bertujuan untuk :

  • Meringankan beban kos sara hidup pekerja;
  • Menggalakkan lebih ramai pekerja menyertai kesatuan sekerja;
  • Mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja;
  • Memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja;
  • Mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta.

SENARAI MANFAAT BANTUAN KAD PEKERJA 2025

Antara manfaat-manfaat yang ditawarkan adalah :

  • Bantuan kebajikan dan keselamatan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.
  • Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :
    • AEON / Mydin / Jakel / Giant / Lotus’s;
    • Marrybrown / Zus Coffee / Old Town White Coffee;
    • Genting / SOCAR / Bateriku.
  • Diskaun istimewa untuk servis kenderaan, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
  • Peluang menyertai program latihan dan kemahiran yang ditawarkan secara bersubsidi.

KAD PEKERJA MADANI UNTUK SIAPA 2025

Siapa yang layak menerima Bantuan Kad Pekerja MADANI adalah individu yang merupakan pekerja Warganegara Malaysia serta menyertai mana-mana yang aktif di Malaysia dengan menjadi ahli yang sah sahaja.

PANDUAN PENDAFTARAN KAD PEKERJA MADANI 2025

Bagi yang belum mendaftar, ikuti panduan pendaftaran secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI; atau klik pautan ini : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada [Daftar Sekarang] di bahagian atas skrin.
  4. Isi Maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada ruangan yang disediakan seperti :
    • Jenis Kad Pengenalan;
    • Nombor Kad Pengenalan;
    • Nama Penuh;
    • Emel; dan
    • Kata Laluan.
  5. Kemudian, tanda [/] pada ruangan kotak [Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat].
  6. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk].
  7. Isi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti :
    • Maklumat Diri;
    • Keahlian Kesatuan; dan
    • Maklumat Majikan dengan lengkap.
  8. Hantar Permohonan dan Permohonan akan disemak serta disahkan oleh Wakil Kesatuan.
  9. Selesai.

*Nota : Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KAD PEKERJA 2025

Setelah pendaftaran dan permohonan dikemukakan, anda boleh mengatahui status kelayakan sebagai penerima seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI; atau klik pautan ini : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik butang [Log Masuk].
  3. Kemudian, klik pada [Ahli Kesatuan – Kad Pekerja MADANI].
  4. Pilih Jenis Kad Pengenalan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan mengikut “Jenis Kad Pengenalan yang dipilih”.
  6. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] mengikut Kata Laluan yang didaftarkan.
  7. Tanda [/] pada ruangan kotak [Ingati Saya].
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Setelah itu, klik pula pada butang [Semak Status].
  10. Status Permohonan dan Kelayakan Penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

*Nota : Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Kad Pekerja MADANI, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/#faq.

Leave a Comment