JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK
Wang Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibayar secara tunai kepada pemohon-pemohon yang layak dengan jumlah bermula minimum sebanyak RM200 sehingga maksimum sebanyak RM2,200 (tertakluk kelayakan penerima).
Bagaimanakah semakan jumlah wang Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan informasi lebih lanjut di bawah.
JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan jumlah wang Bantuan STR bagi tahun 2026 yang dibayar mengikut kategori penerima :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah adalah merangkumi pasangan berkahwin (ada atau tiada anak sebagai tanggungan) atau balu / duda / janda (ada anak).
| BIL. ANAK (TANGGUNGAN) | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1-2 Orang | RM1,200 | RM450 |
| 3-4 Orang | RM1,700 | RM700 |
| >5 Orang | RM2,200 | RM950 |
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang adalah merangkumi individu belum berkahwin dan balu / duda / janda (tiada anak sebagai tanggungan).
| BIL. ANAK (TANGGUNGAN) | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN & KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026
Namun, jumlah di atas bukanlah dibayar sekaligus. Tetapi ianya dibayar secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT BAYARAN | STATUS BAYARAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|---|
| Fasa Pertama (1) | Telah dibayar | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Fasa Kedua (2) | Belum dibayar | Akan diumumkan |
| Fasa Ketiga (3) | Belum dibayar | Akan diumumkan |
| Fasa Keempat (4) | Belum dibayar | Akan diumumkan |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Kaedah bayara Bantuan STR adalah ditentukan mengikut jenis penerima seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank aktif | Bayaran melalui pengkreditan ‘IBG Fund Credit’ terus ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
| Penerima tiada akaun bank aktif dan Penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak | Bayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR IKUT KELAYAKAN 2026
Untuk mengetahui berapa jumlah bayaran Bantuan STR yang anda akan terima, sila semak kelayakan anda seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Jumlah bayaran Bantuan STR akan dipaparkan mengikut kelayakan (jika layak).
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib melalui :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.