JUMLAH SARA 2026 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN
Terkini! Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi bagi tahun 2026 dengan jumlah kelayakan diberikan turut meningkat untuk meringankan beban kos sara hidup penerima dan memboleh penerima dapat menikmati kadar bantuan yang sewajarnya.
Berapakah jumlah sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2026 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Kelayakan penerima SARA 2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
KADAR KELAYAKAN SARA 2026
Jumlah Bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
PERMOHONAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan secara automatik melalui permohonan dan pendaftaran di bawah :
- Pendaftaran di Sistem eKasih (bagi kategori miskin dan miskin tegar);
- Permohonan STR.
Pendaftaran Sistem eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
SEMAKAN STATUS
Status Kelayakan Penerima SARA 2026 boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Cara semakan status kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:
- Adakah SARA akan diteruskan pada tahun 2026?
- Ya. Dalam belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan pelaksanaan SARA akan diteruskan bagi tahun 2026 untuk penerima mendapatkan barangan keperluan asas.
- Bagaimanakah cara semakan penerima SARA?
- Anda boleh membuat semakan status kelayakan, kadar bayaran yang layak diterima di Portal Rasmi Bantuan (Portal SARA atau Portal MySTR).
- Apakah kegunaan SARA dalam MyKad?
- Pengkreditan SARA ke dalam MyKad penerima membolehkan penerima untuk membeli barangan asas di kedai yang terpilih.
- Adakah saya layak SARA jika saya bukan penerima STR?
- Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan bantuan. Namun, SARA ONE-OFF RM100 pada bulan Februari 2026 akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Bilakah pembayaran SARA 2026 akan bermula?
- Tarikh rasmi pembayaran SARA belum diumumkan oleh pihak MOF, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]