JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LEPAS KELAYAKAN

JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LEPAS KELAYAKAN

Duit Bantuan Tunai STR diperuntukan sehingga RM15 billion untuk diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti B40 dan M40. Namun, setiap penerima akan menerima jumlah bayaran yang berbeza mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan Tunai STR jika lepas kelayakan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD

JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026

Berikut merupakan jumlah duit Bantuan Tunai STR yang dibayar mengikut kategori dan juga kelayakan setiap pemohon :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Penerima isi rumah terdiri dari berkahwin (ada atau tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak).
BIL. ANAKISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700RM200
1-2 orangRM1,200RM450
3-4 orangRM1,700RM700
Lebih 5 orangRM2,200RM950
  • KATEGORI BUJANG :
    • Penerima bujang terdiri dari individu belum berkahwin atau balu / duda / janda (tiada anak).
BIL. ANAKBUJANG UMUR
21 – 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN KE ATAS
TiadaDibayar melalui
Bantuan SARA
RM600

JADUAL AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Bantuan Tunai STR diagihkan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANTARIKH AGIHAN
Fasa Pertama (1)Januari :
Mulai 20 Januari 2026
Fasa Kedua (2)Mac :
Belum diumumkan
Fasa Ketiga (3)Ogos :
Belum diumumkan
Fasa Keempat (4)November :
Belum diumumkan
*Nota : Tarikh agihan untuk Fasa Kedua (2), Ketiga (3) dan Keempat (4) akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

CARA AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Terdapat dua (2) cara agihan Bantuan Tunai STR untuk memudahkan penerima menerima bayaran bagi setiap peringkat :

BIL.CARA AGIHAN BANTUAN
1.Agihan melalui akaun bank penerima
secara berperingkat dalam sistem
IBG Credit Transfer‘ – kepada penerima
yang mempunyai akaun bank
2.Agihan secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) – kepada
penerima yang tiada akaun bank,
penerima status ‘Gagal Kredit’
dan penerima di Pedalaman Sabah
dan Sarawak

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026

Bagaimanapun, status kelayakan permohonan Bantuan Tunai STR boleh disemak untuk tahu berapa jumlah yang layak mengikut kelayakan. Ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 900230112345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. ‘Kata Kunci Keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika ianya betul.
  8. Masukkan Kata Laluan pemohon yang sah.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. Papan pemuka STR akan dipaparkan.
  11. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan dan jumlah Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment