JUMLAH DUIT BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA
Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melibatkan implikasi peruntukan sebanyak RM1.1 billion untuk disalurkan kepada seramai lima (5) juta penerima yang layak dalam permohonan yang dikemukakan.
Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan STR Fasa 1 dibayar? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH 2026 RM2400 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH DUIT BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026
Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dibayar kepada penerima yang layak adalah berjumlah RM100 hingga RM500. Jumlah bayaran adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- *Isi Rumah adalah terdiri dari pasangan yang ada / tiada anak dan individu sama ada balu / bercerai yang ada anak (masih tanggungan).
| BIL. ANAK (TANGGUNGAN) | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM100 |
| 1 – 2 orang | RM300 | RM100 |
| 3 – 4 orang | RM400 | RM150 |
| 5 orang / lebih | RM500 | RM200 |
- Kategori Bujang :
- *Bujang adalah terdiri dari individu yang belum berkahwin, balu (kematian pasangan) dan bercerai tiada anak (bukan lagi tanggungan).
| BIL. ANAK (TANGGUNGAN) | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM150 |
TARIKH DUIT BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah mula dibayar kepada penerima yang layak secara berperingkat pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Madani bagi tahun 2026.
Berikut merupakan tarikh bayaran Fasa 1 :
| PERINGKAT BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula : 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
CARA BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026
Dua (2) sahaja cara Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dibayar. Cara bayaran adalah bergantung kepada jenis penerima iaitu ada akaun atau tiada akaun bank.
Berikut merupakan cara-cara Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar :
| BAYARAN UNTUK PENERIMA TIADA AKAUN BANK | BAYARAN UNTUK PENERIMA ADA AKAUN BANK |
|---|---|
| Penerima perlu menuntut duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada kaunter di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat pada waktu operasi | Penerima perlu menunggu duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikreditkan dalam akaun bank penerima / bank pasangan secara berperingkat |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN STR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 ditentukan berdasarkan kelayakan setiap penerima. Oleh itu, setiap pemohon digalakkan untuk membuat semakan kelayakan untuk tahu berapa jumlah yang layak diterima.
Ikuti cara semak kelayakan secara online yang mudah seperti berikut :
- Klik pada pautan rasmi ‘Log Masuk STR’ di sini
- ‘Selamat Datang Ke Sumbangan Tunai Rahmah’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika kata kunci yang dipaparkan betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan Pemuka STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan & jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan untuk mengetahui informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh rujuk pihak STR yang rasmi di talian seperti berikut :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Segala informasi yang kami kongsi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.