JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR : SEMAK AMAUN PEMBAYARAN YANG AKAN DAPAT KEPADA PEMOHON YANG LULUS FASA 1
Seperti yang sedia maklum bahawa jumlah duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal dibayar untuk pemohon lulus Fasa 1 adalah tertakluk kepada kategori dan kelayakan penerima yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan STR yang dibayar? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR FASA 1
Berikut merupakan jumlah duit Bantuan STR yang akan dibayar kepada penerima yang layak mengikut kategori dan kelayakan :
- Kadar Jumlah Bayaran Untuk Penerima Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN STR 2026 | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1200 3-4 anak : RM1700 >5 anak : RM2200 | RM150 – RM500 (bergantung bil. anak) |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM50 – RM250 (bergantung bil. anak) |
- Kadar Jumlah Bayaran Untuk Penerima Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN STR 2026 | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM600 | RM150 |
| Bujang Umur 21 – 59 tahun | – | – |
CARA TERIMA DUIT BAYARAN BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan cara terima duit bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Permohonan lengkap dengan maklumat akaun bank sendiri / akaun bank pasangan | Tunggu bayaran Bantuan STR dikredit masuk ke dalam akaun bank sendiri / akaun bank pasangan berperingkat selama 3 hingga 7 hari bekerja dari tarikh yang diumumkan |
| Permohonan tidak lengkap dengan maklumat akaun bank / akaun tidak aktif | Tuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat atau di mana-mana pusat pemberian yang akan diumumkan oleh Kerajaan |
TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR FASA 1
Berikut adalah jadual bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 :
| CARA TERIMA BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR FASA 1 |
|---|---|
| Kredit dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan | Januari – Februari 2026 (akan dikemaskini semula apabila tarikh diumumkan secara rasmi) |
| Tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Januari – Februari 2026 (akan dikemaskini semula apabila tarikh diumumkan secara rasmi) |
SEMAK JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 IKUT KELAYAKAN
Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan klik pada pautan yang tertera di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan & jumlah Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
PERINCIAN LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk perincian lanjut atau jika sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]