JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : CHECK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA PENERIMA YANG LAYAK SEMASA FASA 1
Bantuan STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah kini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya merupakan bantuan kewangan yang dibayar secara berfasa untuk membantu rakyat secara berperingkat untuk sepanjang tahun.
Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan STR yang dibayar kepada penerima yang layak? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
PERUNTUKAN DUIT BANTUAN STR
Setiap tahun dari 2023 hingga 2026, Kerajaan MADANI sentiasa menaikkan jumlah peruntukan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk membantu lebih ramai rakyat B40 dan M40 dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
| TAHUN AGIHAN | JUMLAH PERUNTUKAN |
|---|---|
| 2023 | RM8 billion |
| 2024 | RM10 billion |
| 2025 | RM13 billion |
| 2026 | RM15 billion |
JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Melalui peruntukan sebanyak RM15 billion, Kerajaan akan menyalurkan duit tersebut menerusi insiatif Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bersama Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) kepada setiap kategori sebanyak jumlah berikut :
💰Jumlah Bantuan STR 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – |
💰Jumlah Bantuan SARA 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA (STR DAFTAR EKASIH) | JUMLAH BANTUAN SARA (STR BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM2,400 | RM1,200 |
| Isi Rumah M40 | RM2,400 | RM1,200 |
| Warga Emas | RM1,800 | RM600 |
| Bujang | RM1,200 | RM600 |
KAEDAH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bukan dibayar sekaligus. Namun, ianya akan dibayar secara ansur-ansur berperingkat selama empat (4) fasa melalui dua (2) kaedah khas mengikut penerima seperti berikut :
- Dibayar tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) khas kepada penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan Bantuan STR.
atau
- Dibayar melalui pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan mengikut nombor akaun yang dimasukkan semasa permohonan Bantuan STR.
TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan dibayar berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 4 melalui tarikh-tarikh tertentu yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti jadual anggaran di bawah :
| PERINGKAT BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Februari 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 2 | Mac – April 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 3 | Ogos 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 4 | November 2026 (akan dikemaskini) |
CHECK KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN STR 2026
Sekiranya telah mendaftar permohonan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), pihak tuan / puan boleh check status kelayakan sama ada layak atau tidak terima duit bayaran untuk tahun 2026. Ikuti cara check kelayakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Orang ramai yang ingin mendapatkan info lebih lanjut atau jika mempunyai sebarang masalah berkaitan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), boleh kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat atau boleh juga hubungi talian rasmi seperti berikut :
- STR HASiL : 1800 88 2747
- STR MOF : 03 8882 4565 / 02 8882 4566