JUMLAH BANTUAN TUNAI STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK UNTUK FASA 1

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK UNTUK FASA 1

Pendapatan dan bilangan anak / tanggungan oleh setiap orang / pemohon adalah tidak sama. Oleh itu, jumlah Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 akan dibayar berdasarkan kelayakan penerima yang mengambil kira pendapatan dan bilangan anak / tanggungan.

Bagaimanakah semak jumlah Bantuan Tunai STR yang dibayar 2026? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD : CARA CEK BAKI ONLINE & TARIKH AKHIR ANDA BOLEH BELI BARANG GUNA BANTUAN IC

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Berdasarkan Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kadar peruntukan untuk penyaluran Bantuan Tunai STR dinaikkan sehingga berjumlah RM15 billion berbanding tahun 2025 hanya sebanyak RM13 billion.

Ianya merupakan kadar peruntukan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia. Dari peruntukan tersebut, kerajaan akan menyalurkan kepada 9 juta rakyat melalui Bantuan Tunai STR dan juga Bantuan SARA sepanjang tahun 2026.

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR YANG DIBAYAR 2026

Setiap penerima akan terima jumlah Bantuan Tunai STR yang berbeza dan ianya dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan penerima dari segi pendapatan dan bilangan anak seperti berikut :

  • Bayaran untuk kategori ‘Isi Rumah’ :
    • Isi Rumah Berpasangan (ada / tiada anak) / Isi Rumah Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
2026
JUMLAH BAYARAN
FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM700
1-2 anak : RM1200
3-4 anak : RM1700
>5 anak : RM2200
RM150 hingga RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501-RM5,000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
RM50 hingga RM250
  • Bayaran untuk kategori ‘Bujang’ :
    • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
2026
JUMLAH BAYARAN
FASA 1
Bujang umur
21 – 59 tahun
Bujang umur
60 tahun ke atas
RM600RM150

CARA BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR KEPADA PENERIMA 2026

Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran Bantuan Tunai STR, Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran mengikut jenis / keadaan penerima seperti berikut :

  • Dibayar secara tunai di kaunter Bank :
    • Penerima yang tiada akaun bank / tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menuntut bayaran Bantuan Tunai STR di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
  • Dikreditkan tunai dalam akaun Bank :
    • Penerima yang ada akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menunggu bayaran Bantuan Tunai STR dikreditkan secara berperingkat dalam akaun bank masing-masing.

SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR IKUT STATUS KELAYAKAN

Oleh kerana, Bantuan Tunai STR dibayar berdasarkan kelayakan, setiap pemohon perlu membuat semakan status kelayakan untuk tahu berapa jumlah yang layak diterima. Ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Tunai STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Jumlah Bantuan Tunai STR akan dipaparkan berdasarkan status kelayakan permohonan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment