JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2026 AKAN DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN BAKAL DIPEROLEH OLEH PENERIMA YANG LULUS FASA 1
Daripada peruntukan sebanyak RM15 billion, Kerajaan akan membayar duit Bantuan Tunai STR kepada setiap penerima mengikut status kelayakan dan secara berperingkat melalui empat (4) untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan Tunai STR yang akan dibayar ikut status kelayakan penerima? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2026 AKAN DIBAYAR
Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 akan dibayar bermula RM200 hingga RM2,200 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 – Tiada anak RM1,200 – 1/2 anak RM1,700 – 3/4 anak RM2,200 – >5 anak |
| Isi Rumah M40 | RM200 – Tiada anak RM450 – 1/2 anak RM700 – 3/4 anak RM950 – >5 anak |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | Diganti Bantuan SARA |
SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR BAKAL DIPEROLEH PENERIMA FASA 1
Ikuti panduan lengkap cara semak berapa jumlah bayaran yang layak diterima mengikut status kelayakan penerima :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai STR di atas.
- Bahagian ‘Log Masuk STR’ akan dipaparkan.
- Terus masukkan ‘No. Kad Pengenalan’ pada ruang kosong.
- Klik pula pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] untuk sahkan.
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang tepat.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka STR akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status kelayakan, klik [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan jumlah Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BANTUAN TUNAI STR 2026 AKAN DIBAYAR
Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 akan dibayar berperingkat melalui empat (4) fasa pada tarikh-tarikh seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Februari 2026 (akan dikemaskini semula) |
| Fasa 2 | Mac – April 2026 (akan dikemaskini semula) |
| Fasa 3 | Ogos 2026 (akan dikemaskini semula) |
| Fasa 4 | November 2026 (akan dikemaskini semula) |
KAEDAH BANTUAN TUNAI STR 2026 AKAN DIPEROLEH
Setiap penerima akan peroleh Bantuan Tunai STR melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN AKAN DIPEROLEH |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Perlu menunggu bayaran Bantuan Tunai STR dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat melalui sistem Internet Banking |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Perlu menuntut bayaran Bantuan Tunai STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat seluruh Malaysia |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel Rasmi STR : [email protected]