JUMLAH BANTUAN STR HASIL 2026 DIBAYAR : CHECK BERAPAKAH KADAR BAYARAN YANG AKAN DAPAT KEPADA PENERIMA FASA 1
Bantuan STR Hasil adalah merupakan bantuan tunai yang bakal dibayar kepada rakyat yang dari golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 bagi membantu meningkatkan kadar kewangan rakyat dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah check jumlah Bantuan STR Hasil 2026 dibayar? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
TARIKH BANTUAN STR HASIL 2026 DIBAYAR
Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar kepada penerima secara berperingkat melalui fasa-fasa yang ditetapkan mengikut tarikh yang tertera di bawah :
- Fasa 1 : Bermula 20 Januari 2026, Selasa.
- Fasa 2 : Belum diketahui & akan dikemaskini semula.
- Fasa 3 : Belum diketahui & akan dikemaskini semula.
- Fasa 4 : Belum diketahui & akan dikemaskini semula.
JUMLAH BANTUAN STR HASIL 2026 DIBAYAR
Jumlah Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar bermula dengan RM200 sehingga RM2,200 bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM700.
- 1 – 2 anak : RM1,200.
- 3 – 4 anak : RM1,700.
- Lebih 5 anak : RM2,200.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- Tiada anak : RM200.
- 1 – 2 anak : RM450.
- 3 – 4 anak : RM700.
- Lebih 5 anak : RM950.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600.
- Bujang / Balu / Duda / Janda Tiada Anak :
- Dibayar Melalui Bantuan SARA.
CHECK JUMLAH BANTUAN STR HASIL DIBAYAR FASA 1
Bayaran Bantuan STR bagi Fasa 1 akan dibayar bermula RM50 sehingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing. Oleh itu, setiap pemohon disarankan untuk check berapa jumlah yang akan diterima Fasa 1 mengikut panduan berikut :
- Layari pautan rasmi STR Hasil di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke MySTR’.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
- *pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama anda.
- Jika paparan tersebut betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
- Klik terus butang [Log Masuk].
- Dashboard akaun pengguna akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan & jumlah bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BANTUAN STR HASIL 2026 DIBAYAR
Jika disahkan ‘Layak’, setiap penerima akan menerima Bantuan STR melalui dua (2) kaedah yang mudah, iaitu melalui :
- Dibayar tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR; atau
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan bagi penerima yang ada akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- Emel STR : [email protected]