JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR KEPADA PENERIMA : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA JIKA LULUS FASA 1

JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR KEPADA PENERIMA : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA JIKA LULUS FASA 1

Bakal penerima iaitu individu yang memohon Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) serta memenuhi syarat-syarat kelayakan akan terima bayaran untuk Fasa Pertama (1) dengan jumlah bermula RM50 sehingga RM500 bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima.

Bagaimanakah semak jumlah bantuan str 2026 dibayar kepada penerima fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : CEK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN (RM200 & RM100)

JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR KEPADA PENERIMA LULUS FASA 1

Individu yang lulus permohonan Bantuan STR untuk Fasa 1 akan terima bayaran dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN STR
2026
BAYARAN STR
FASA 1 2026
Isi Rumah B400 anak: RM700
1-2 anak: RM1200
3-4 anak: RM1700
>5 anak: RM2200
0 anak: RM150
1-2 anak: RM300
3-4 anak: RM450
>5 anak: RM500
Isi Rumah M400 anak: RM200
1-2 anak: RM450
3-4 anak: RM700
>5 anak: RM950
0 anak: RM50
1-2 anak: RM100
3-4 anak: RM150
>5 anak: RM200
Warga EmasRM600RM150
Bujang
*Nota : Jumlah bayaran Fasa 1 di atas akan dikemaskini semula dari semasa ke semasa.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026

Oleh kerana jumlah Bantuan STR dibayar mengikut kelayakan, anda boleh menyemak kelayakan permohonan untuk mengetahui jumlah bantuan yang akan dibayar seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR yang tertera dalam kotak di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Portal Rasmi STR.
  3. Pada halaman utama tersebut, klik butang [Log Masuk].
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Untuk sahkan Kad Pengenalan, Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  7. Jika paparan tersebut adalah nama pemohon, klik butang [Ya].
  8. Masukkan Kata Laluan pengguna yang baru dengan betul.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik pada [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TARIKH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR KEPADA PENERIMA FASA 1

Bantuan STR untuk Fasa 1 akan dibayar kepada penerima yang layak sama ada penerima sedia ada atau penerima baharu mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN PENERIMAFASA 1
Penerima Sedia AdaJanuari – Februari 2026
(Mungkin sebelum Tahun Baru Cina)
Penerima BaharuJanuari – Februari 2026
(Mungkin sebelum Tahun Baru Cina)
*Nota : Tarikh bayaran Fasa 1 akan dikemaskini semula dari semasa ke semasa.

KAEDAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR KEPADA PENERIMA

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank dengan penerima yang ada akaun bank akan terima Bantuan STR melalui dua (2) kaedah yang berbeza seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BANTUAN STR
DIBAYAR
Penerima tidak mempunyai
akaun bank
atau
Penerima status ‘Gagal Kredit’
Akan dibayar secara tunai
di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
sahaja
Penerima ada akaun bankAkan dikreditkan terus ke
dalam akaun bank penerima
melalui sistem ‘IBG Fund Transfer

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Untuk rujukan lanjut bagi sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), pihak pemohon boleh lawati Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau hubungi talian rasmi STR MOF di 03 8882 4565 atau 03 8882 4566.

Leave a Comment