JUMLAH BANTUAN SARA YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK SEMASA BULAN 1
Pemohon yang layak dan berstatus ‘Lulus’ bakal menerima elaun bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan dengan kadar yang diberikan mengikut kategori kelayakan penerima.
Berapakah jumlah bantuan sara yang dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan – Berstatus eKasih;
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA YANG DIBAYAR 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- SARA EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM2,100 Setahun |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 Setahun |
- SARA BUKAN EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 Setahun |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 Setahun |
| Bujang | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 Setahun |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA DIBAYAR 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]