JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 200 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON & JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dilaksanakan setiap bulan dalam tempoh dua bulan bagi memastikan keperluan asas penerima sentiasa mencukupi.
Bagaimanakah semakan jadual pembayaran bantuan ekasih 200? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DALAM IC : CARA SEMAK BAKI ONLINE & TARIKH AKHIR BOLEH BELI GUNA MYKAD
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 200
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih RM200 tahun 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih tidak memerlukan sebarang permohonan. Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
JUMLAH BANTUAN EKASIH BAKAL DITERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dalam MyKad mengikut amaun yang ditetapkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM2,400 |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dalam MyKad mengikut jadual seperti berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Januari 2026 | RM200 |
| Februari 2026 | RM200 |
| Mac 2026 | RM200 |
| April 2026 | RM200 |
| Mei 2026 | RM200 |
| Jun 2026 | RM200 |
| Julai 2026 | RM200 |
| Ogos 2026 | RM200 |
| September 2026 | RM200 |
| Oktober 2026 | RM200 |
| November 2026 | RM200 |
| Disember 2026 | RM200 |
| TOTAL | RM2,400 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut:
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]