JADUAL BAYARAN STR 2025 FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JADUAL BAYARAN STR 2025 FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan Kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak, mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan dengan jumlah bantuan berdasarkan kelayakan individu masing-masing.

Bilakah jadual bayaran str 2025 fasa 3? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG SARA MYKASIH : (2025) PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SIAPAKAH LAYAK BAYARAN STR 2025 FASA 3

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

PANDUAN SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN STR 2025 FASA 3 ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  9. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  12. Selesai.

JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN STR 2025

Kadar kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 5 Anak : RM 2,000
5 Anak dan Ke atas: RM 2,500
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 5 Anak : RM 1,000
5 Anak dan Ke atas: RM 1,250
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangRM 600

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diatas adalah jumlah kelayakan setahun, dan bayaran akan disalurkan kepada penerima secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, 4).

JADUAL BAYARAN STR 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH MASUK BAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 3Tarikh agihan bayaran belum diumumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Fasa 4Tarikh agihan bayaran belum diumumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

CARA MASUK BAYARAN STR 2025 FASA 3

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment