EWALLET RM300 TERBARU 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
Bantuan Keluarga yang memerlukan (B40) di Selangor diteruskan untuk tahun 2026, bagi memastikan keperluan asas harian, kelengkapan pendidikan dan perbelanjaan untuk kesihatan penerima dipenuhi dan memastikan kesejahteraan hidup terjamin.
Bagaimanakah semak ewallet rm300 terbaru 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK BANTUAN EKASIH 2026 : YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BERJUMLAH RM200 SETIAP BULAN
EWALLET RM300
Bantuan e-Wallet atau Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan bulanan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu keluarga-keluarga B40 di Selangor yang memerlukan bantuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup harian terutama untuk membeli barang-barang keperluan asas harian, kelengkapan pendidikan, serta perbelanjaan untuk kesihatan.
Bantuan BINGKAS dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) |
| Kadar Bantuan (RM) | 300.00 |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan (Setiap Bulan) |
SYARAT KELAYAKAN EWALLET RM300 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN EWALLET RM300 2026
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Semak status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Semak status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN EWALLET RM300
Bantuan BINGKAS Selangor dilaksanakan secara tanpa tunai seperti berikut :
| KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (Cashless) | Dompet digital e-Wallet BINGKAS (Aplikasi SELANGKAH) |
JADUAL PENGKREDITAN EWALLET RM300
Bantuan BINGKAS Selangor akan dikreditkan setiap bulan seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Januari 2026 | RM300 |
| Februari 2026 | RM300 |
| Mac 2026 | RM300 |
| April 2026 | RM300 |
| Mei 2026 | RM300 |
| Jun 2026 | RM300 |
| Julai 2026 | RM300 |
| Ogos 2026 | RM300 |
| September 2026 | RM300 |
| Oktober 2026 | RM300 |
| November 2026 | RM300 |
| Disember 2026 | RM300 |
CARA GUNA DUIT EWALLET RM300 TERBARU
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/