EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA PERMOHONAN BANTUAN
Program Bantuan E-Wallet RM300 bakal dikreditkan setiap bulan bertujuan untuk membantu golongan berkelayakan seperti B40 dan M40 dalam segi kewangan supaya dapat menempuh cabaran kos sara hidup sepanjang tahun 2026.
Bagimanakah cara semak status & cara permohonan e-Wallet RM300 setiap bulan 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2026
Berikut merupakan manfaat Bantuan E-Wallet untuk penerima :
- Bantuan E-Wallet boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet).
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
- Bantuan E-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan berikutnya.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Namun, Bantuan E-Wallet terhad diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sepert berikut :
- Warganegara : Malaysia;
- Negeri Kelahiran : Selangor;
- Tempat Menetap : Selangor (lebih 10 tahun);
- Kadar Pendapatan : Bawah RM5,000 sebulan;
- Status Perkahwinan : Berkahwin atau Ibu bapa tunggal (kematian pasangan / bercerai);
- Bilangan Tanggungan : Lebih 2 orang yang berumur bawah 18 tahun.
SEMAKAN STATUS EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Jika anda telah menghantar permohonan, anda boleh menyemak status layak atau tidak terima bayaran Bantuan E-Wallet RM300 setiap bulan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang anda daftarkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Terus klik pada [Semakan Status Kelayakan].
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Bagi yang belum memohon, sila ikuti cara permohonan secara Bantuan E-Wallet secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN EWALLET
Selain itu, anda perlu sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
CARA GUNA BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Apabila permohonan disahkan layak, Bantuan RM300 akan dikreditkan dalam E-Wallet setiap bulan dan boleh gunakan seperti berikut :
- Sila ke pasaraya atau kedai (panel BINGKAS) yang terdekat.
- Pilih sahaja barang dapur atau keperluan lain.
- Pergi ke kaunter dan nyatakan kepada juruwang menggunakan bayaran e-Wallet.
- Juruwang akan imbas ID penerima melalui aplikasi ‘Selangkah’.
- Setiap barang yang dipilih akan disaring oleh juruwang.
- Buka aplikasi Selangkah di bahagian e-Wallet.
- Klik pada butang [Bayar] dan masukkan 6 digit PIN e-Wallet yang telah ditetapkan.
- Kod QR e-Wallet akan dipaparkan pada skrin.
- Juruwang akan imbas Kod QR tersebut untuk sahkan bayaran.
- Resit pembelian akan diberikan.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan e-Wallet (BINGKAS), pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian di bawah atau pergi ke laman pertanyaan di bawah :
- Talian : 1800 22 6600.
- Laman Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.