EKASIH SEMAKAN RM200 2026 : SILA SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN
Berbanding kategori lain, Kategori Isi Rumah yang tersenarai sebagai penerima miskin tegar eKasih akan menerima bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar bulanan yang lebih tinggi.
Bagaimanakah semakan ekasih rm200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: EKASIH SEMAKAN RM200 2026 : SILA SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN
SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM200 2026
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025.
Catatan : Kelayakan SARA eKasih adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar
dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025.
PEMBAYARAN SARA EKASIH 2026
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | KADAR KELAYAKAN SEBULAN (RM) |
|---|---|---|
| Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | RM2,400 | RM200 (Januari 2026 – Disember 2026) |
RINGKASAN PELAKSANAAN SARA EKASIH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih dilaksanakan seperti berikut :
- Kelayakan : Penerima STR dan tesenarai daripada data penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih;
- Cara Bayaran : Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
- Kegunaan : Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar.
- Tempoh Bantuan : Bantuan dikreditkan untuk setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari sehingga Disember);
Untuk menerima bantuan ini, anda mestilah merupakan penerima STR 2026, serta berdaftar dalam sistem eKasih.
JADUAL PEMBAYARAN EKASIH RM200
Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih (Kategori Isi Rumah) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan seperti berikut :
| TARIKH PELAKSANAAN | AMAUN |
|---|---|
| Januari 2026 | RM200 |
| Februari 2026 | RM200 |
| Mac 2026 | RM200 |
| April 2026 | RM200 |
| Mei 2026 | RM200 |
| Jun 2026 | RM200 |
| Julai 2026 | RM200 |
| Ogos 2026 | RM200 |
| September 2026 | RM200 |
| Oktober 2026 | RM200 |
| November 2026 | RM200 |
| Disember 2026 | RM200 |
SEMAKAN STATUS EKASIH RM200 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]