EKASIH SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BULANAN
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam Sistem eKasih ayak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar bayaran lebih tinggi berbanding penerima bukan eKasih, untuk perbelanjaan barangan keperluan bulanan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima sara ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SENARAI BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI GUNA BANTUAN SARA MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS BANTUAN | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
PERMOHONAN SARA EKASIH 2026
Untuk melayakkan anda menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih, anda perlu membuat permohonan seperti berikut :
- Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Lulus;
- Pendaftaran Sistem eKasih, Miskin dan Miskin Tegar – Berstatus Lulus.
Sekiranya permohonan dan pendaftaran anda berjaya, anda menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik.
JUMLAH DUIT SARA EKASIH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM2,400 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN EKASIH 2026
Status pendaftaran eKasih boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
TEMPOH SAH DUIT SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 dilaksanakan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| TEMPOH SAH/PELAKSANAAN | BULAN PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/3036 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | Sah sehingga 31/12/2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026