EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN

EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN

Seramai 400,000 rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Sistem eKasih bagi tahun 2026, layak untuk menerima pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik dengan amaun diberikan sehingga RM200 setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan ekasih online 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PORTAL EKASIH ONLINE 2026 : SEMAK STATUS KELULUSAN PEMOHON JIKA LULUS AKAN TERIMA RM200 SECARA BULANAN

KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN
Isi Rumah;

Warga Emas Tanpa Pasangan; dan

Bujang
Warganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.

JUMLAH SARA EKASIH 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)TOTAL SETAHUN (RM)
Isi RumahRM200 SebulanRM2,400
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 SebulanRM1,800
BujangRM100 SebulanRM1,200

JADUAL PEMBAYARAN BULANAN SARA EKASIH 2026

Bantuan SARA eKasih akan dikreditkan setiap bulan (selama 12 bulan) ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

JENIS SARAJADUAL PEMBAYARAN
SARA EKASIHJanuari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

TEMPOH SAH KREDIT SARA EKASIH 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh digunakan bila-bila masa sahaja dalam tempoh berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR
9 Januari 202631 Disember 2026

Sekiranya, kredit bantuan tidak digunakan setelah 31 Disember 2026, kredit bantuan akan luput secara automatik.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA EKASIH ONLINE 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

JENIS SEMAKANPAUTAN
Semakan Status Pendaftaran eKasihhttps://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
Semakan Status Kelayakan SARAhttps://sara.gov.my/

Cara Semak Status Pendaftaran eKasih :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

Cara Semak Status Kelayakan SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Selesai.

MANFAAT BANTUAN SARA EKASIH 2026

Penerima SARA EKASIH boleh menggunakan kredit bantuan yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar mengikut panduan berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment